Jumaat, 26 Februari 2010

Si Dumbo.

Berlari-lari aku ke kelas. Hah, semput dibuatnya. Beg jeans lusuh kugalas di bahu, separuh zipnya terbuka. Si Dumbo menunggu aku di depan kelas, tangannya sebelah bersandar ke daun pintu.

"Zira, dari mana?" Si Dumbo memulakan bicara sebaik aku tiba di 5 Jaya, yang aku kadang-kadang aku anggap seperti 5 Jahanam.

Si Dumbo, gelaran untuk si telinga besar yang mengajar Sejarah, mampus aku tak layan.

"Saya nak masuk kelas, cikgu. Tumpang lalu." Aku cuba boloskan diri di bawah ketiaknya untuk ke tempat duduk.

"Siapa cikgu kau? Kau bukan anak murid aku. Aku tak ada anak murid kurang ajar macam kau. Ponteng saja. Tak padan dengan perempuan."

Mungkin zaman kau tiada perempuan yang setan seperti aku. Mungkin kau tidak pernah temui. Jadi, lihatlah aku setan yang pertama bagi kau, Dumbo.

"Aku pun tak mahu duduk dalam kelas kau. Mengajar serupa cakap dengan papan putih. Kenapa kau sibuk kalau aku tak masuk ke kelas kau?"

Aku menoleh dan ke belakang.

Letak beg.

Tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan