Jumaat, 7 Januari 2011

Cerita Tiga Tahun Lepas Punya.

7 Jan 2011

Aku nak berhenti jadi student - nak jadi penulis lagu. Lagu pertama yang akan dirilis ialah 'Airmataku di paper Chemistry'.

Tak, tapi betul -- air mata aku memang jatuh atas formula & equation tadi tu. Bila tak mampu nak buat apa-apa selain forwardkan doa yang paling ikhlas dekat Tuhan, perkara kedua yang hentam hati aku sampai remuk redam adalah kemungkiran janji aku dekat mak untuk belajar betul-betul. Aku sendiri jadi batu, bisu. Aku dah jauh tertendang dari laluan yang dulunya aku yakin akan pijakkan kaki aku di situ. Mak dah tak ada, yang tinggal ----- aku.

Aku betulkan hujung selendang hitam yang jatuh ke dada, letakkan atas bahu tempat asalnya.

"Mak, dengar ni mak. Gee cakap dengan mak ni. Ni kertas Chemistry. Gee jawab sikit je, yang lain tinggal tempat kosong. Lepas tu Gee tidur. Mesti nanti Gee dapat markah rendah, mak. Macam mana nak cakap dekat Pak Abu ni, mak?"

Aku cakap sorang-sorang je tepi kubur tu. Macam mak dengar. Kalau mak tahu aku teruk macam ini, mesti mak tarik aku tidur sekali dengan dia kat dalam tanah tu. Aku memang tak guna. Suruh belajar pun aku tak mampu - itu permintaan mak untuk aku dan Reen sebelum dia pergi. Se-epati aku pun dalam dunia ni, mak yang aku letakkan sebagai prioriti. Tapi mak nak meninggal jugak masa aku koma, aku nak buat macam mana.

Dah tiga tahun mak pergi. Tiga tahun jugak Reen tinggalkan aku tak bergantung. Dia kata, dia tak akan balik selagi dia tak tunaikan janji dia pada mak. Aku hilang arah bila aku tak dapat jejak Reen dekat mana sekarang. Aku dah hilang asa. Semuanya aku serah kepada Dia. Kalau Dia mahu beri aku peluang untuk jumpa Reen, Dia akan beri. Aku percaya itu.

Pak Abu taja pembelajaran aku lepas mak dah tak ada. Mungkin dia rasa bullshit seumur hidup - sebab kereta dia yang langgar mak. Aku tak ada dendam dengan dia - aku percaya itu memang Tuhan dah tulis dalam buku mak, mak akan pergi tinggalkan aku lepas terlibat dalam kemalangan. Tapi Tuhan panjangkan umur aku - cuma koma dan aku bersyukur sebab Dia bagi aku peluang satu kali lagi untuk hidup. Tak pernah daku rasa begini, seperti mati hidup kembali - Emmet Butters yang kata lah.

Semua kerja-kerja hina yang aku buat sebelum accident tu aku dah tak buat lagi. Taubat. Barang putih, barang hitam ke biru ke merah ke, semua aku tinggalkan dalam rumah lama dekat Damansara. Sekarang rumah baru aku jauh dari semua anasir berunsur syaitan dan sesat. Cuma Pak Abu yang masih jadi syaitan besar - dia tak serik masuk lokap lepas anak ayam dia kena tangkap dekat Jalan Changkat hari tu. Bisnes dia makin maju - yang aku tak campur.

Aku bangun, bersihkan punggung yang ada tanah-tanah kubur. Sedut angin petang Rabu ini sampai pangkal dada, hembus. Aku genggam kertas Chemistry dan susun langkah kaki sampai ke kereta. Toyota Innova milik anak Pak Abu berderum laju meninggalkan tanah perkuburan - yang juga aku tinggalkan jiwa aku untuk temankan mak bila panas dan hujan, bila siang dan malam, bila cerah dan mendung, biar mak tak sendiri. Aku harap esok dan hari-hari mendatang tak akan berlaku kejam dengan aku.

Sebab kalau Pak Abu pun kena langgar kereta jugak, tak ada siapa nak sara hidup aku dah lepas ini.

Sabtu, 4 Disember 2010

Undescribable.

Aku lemah dan hampir menjatuh-terbalikkan dunia ke arah bertentangan bila aku membenarkan syaitan memandu hati aku untuk bertindak tanpa sekelumit rasa simpati dan apresiasi terhadap apa yang aku terima selama ini. Menyesal bukan satu perasaan paling dominan dalam diri aku sekarang kerana aku tak mahu tangiskan susu yang sudah ditumpahkan. Apa yang menjadi efek utama atas kebodohan dan kesialan yang menjadi raja dengan serampangnya dalam jiwa aku - harga sebuah persahabatan yang seumur hidup pun belum tentu aku mampu langsaikan benda yang aku cipta ini. Elemen ini yang bukan bersifat logik, tapi abstrak, dinilai berlainan dengan penggunaan kayu ukur yang tidak seragam bagi setiap yang hidup.

Di situ terletaknya kelemahan semua ini - katakan - kalau aku kata aku cinta si polan ini dengan kasih eksponen lapan belas, kau mungkin menganggap cinta aku dengan eksponen dua saja, mungkin - yang sama diaplikasikan sebaliknya. Tak akan pernah ada entiti yang datang kepada aku dan tepuk bahu aku lembut dan kata - tak apa, aku faham semuanya, sabarlah - kalau ada pun, seratus lima puluh persen aku tak akan percaya kerana manusia tiada abiliti untuk memahami elemen ini. Aku sebolehnya hendakkan satu solusi yang mampu leraikan aku dari simpulan penghinaan dan elemen celaka ini.

Dan elemen yang membalut angin meniup aku sekarang ialah Kebencian dan Kejahatan.

Isnin, 11 Oktober 2010

Permainan Hidup.

“Life is just like a game”

Permainan ada maknanya yang tersendiri. Semuanya tentang strategi untuk menguasai, dan kemenangan. Tapi itu pun kalau kau bernasib baik. Adat yang melengkapi situasi ini ialah sebaliknya - kalau kau belum cukup kuat untuk menandingi apa yang lawan kau ada, that’s the end. Kenyataan kalah akan terpampang di dahi-dahi yang lemah ini. Jadi kita semua harus faham kenapa orang kata (dan aku pun kata) hidup ini macam permainan.

Permainan secara kasarnya diklasifikasikan dengan istilah ’seronok’ dan mampu untuk possess pemikiran seseorang. Tapi tak semudah hidup. Kadang-kadang permainan hidup pun boleh jadi susah lah kan aku rasa. That is why some people gave up on handling life. Bila rasa nikmat, bongkak. Bila rasa bullshit, bunuh diri. Manusia memang tipikal, mencipta sesuatu yang memakan diri. Lepas itu sibuk tuding jari sana-sini menuduh semua orang, lagi teruk bila menyalahkan takdir. Kalau tak takut kena panah petir, silalah salahkan Tuhan dan takdir. Kau kena sedar ada empat lagi jari menuding ke arah kau sendiri.

Sama ada bersedia atau tidak, ada kekuatan atau lemah tak terbantu, kita semua kena hadapi benda yang sama. Tak ada hak lebih dan kurang bagi semua yang hidup. Equality - satu perkara yang Tuhan tetapkan untuk kau, aku, dia dan semua dalam perkara yang tertentu - darjat, kuasa, harta. Chapter paling akhir dalam buku semua orang pun akan berkisahkan perkara yang sama - kematian. Jadi apa yang membezakan cuma sifat, penampilan, persepsi dan cara hidup. Dan perkara yang membezakan itulah yang membawa tiap-tiap satu dari kita menjalani cerita-cerita signifikan dan pengalaman yang tak similar sesama sendiri. Unik tetapi tak semua belajar untuk mencintai identiti ini. Bayangkanlah kalau semua orang berambut hitam, sukakan benda yang cliche dan bercakap perkara yang lame. Mana nilai diversiti dalam dunia ini. Besar kuasa Tuhan, kemampuan yang tak tercapai akal untuk kita fahamkan tapi ada yang buat-buat tak nampak dan masih berlagak pandai.

Permainan dunia semuanya sudah diatur. Kau tak boleh gamble terlalu banyak, tak boleh expect terlalu banyak dan mengharapkan semua akan berlaku mengikut hukum karma. Tidak, bukan semua benda. Things may not happen like you want it to be. Itu peraturan dunia yang aku konklusikan sepanjang aku hidup, mungkin aku silap, betulkan aku.


Aku rasa macam bullshit lepas aku taip benda ini - tapi aku takkan bunuh diri.

Rabu, 6 Oktober 2010

Hati-Hati Beku Ini.

Hati-hati beku ini seakan tak mahu menerima apa lagi
Melopong menanti muzik-muzik dan hukuman atas semuanya
Satu kata paling sia-sia untuk disebut; sesal
Dahulu hati-hati beku ini buta, sombong dengan dunia
Kondesen merajai jiwa, cinta membutai mata

Berbaris-baris berdiri separuh tinggi, mendongak
Kala cahaya pun tak mampu untuk menampung semua kegelapan hati-hati beku ini
Teraba-raba, berteriak sana-sini, untuk mencari satu jalan yang paling selamat tika ini

Mustahil
Tiada jalan selamat, selindungan mana pun tidak berguna lagi
Hati-hati beku ini hitam, legam, keras, sekeras perasaan yang tak mahu kalah di medan sementara ini
Kalau sekarang baru mahu bangkit, lebih baik hati-hati beku ini berbaring saja
Dan pasrah untuk yang akan terjadi sebentar lagi

Semoga Tuhan mengampunkan dosa hina hati-hati beku ini

Kau Bukan Tuhan.

Putarkan dunia selaju aku mahu
Ke kiri atau ke kanan, bawakan keluar dari orbitnya
Kalau aku bisa, bukan berada atas detik jasad dan hati yang di sini

Milikkan impian memegang kisah hadapan
Seperti mesin waktu mengejar masa silam
Semustahil mana pun kata-bicara manusia
Berlarilah melintasi lohong hitam
Apungkan elemen dunia
Ya, itu tidak masuk akal, dan aku sanggup mati untuk merealitikannya

Kau, yang bermulut besar berceritera di hujung sana
Iyalah, kau, sini
Kalau kau bukan Tuhan, jangan bilang

Ini Kisah Cinta Patetik.

Lepaskan apa yang kamu binakan, aku tak mampu lagi bertahan
Saat diruntuhkan semua harapan, aku memang kejam

Sebelum gelap menghampiriku
Sebelum kehancuran menggengam hati dan jiwa kamu
Hentikan semua senyuman, semua detik indah, semua cinta

Kerna aku tak mampu lagi bertahan, kerna bukan aku di pelukan
Cinta ini hipokrasi semata
Yang bermukakan ketawa dan tangis, kononnya bersama
Hakikatnya kamu saja yang di situ, bukan aku

Terminasi khayalan ini harus aku lakukan sekarang
Jika bukan pasti esok atau lusa lebih parah berdarah pecah
Meletus membuak-buak sedih perihnya, jangan, sakit kamu tahu
Kalau mungkin ini yang kita hasilkan selama bila aku cuba menyulam tiap-tiap lembaran sayang
Kalau mungkin ini yang kita pegangkan sejauh mana kau perjuangkan perasaan suci ini
Maaf, aku yang merapuhkan dan mengotorkan definisi suci itu dalam episod ini

Takkan ada lagi matahari timbul dengan ciuman selamat pagi
Takkan aku mimpi lagi segala-gala fantasi cinta yang indah sempurna cantik belaka sebegini
Takkan aku berani berdiri sendiri lagi tanpa kamu di sisi ini


Sayang, ini kisah cinta patetik

Khamis, 5 Ogos 2010

Kurungan.

Selamat datang ke dunia penuh penipuan
Kau cuma perlu melutut tunduk dan serah seluruh satu sekaliannya pada aku
Pasakan sedikit kejujuran itu di sini tak mungkin bertahan
Selagi kau dan aku bermain dalam kurungan ciptaan kita


Hipokrasi itu paling unggul yang pernah aku laku dan tunjuk
Kau masih baru dan mentah
Mari sini aku lahirkan suatu kata yang mesti kau suka
Bertakhtalah dengan aku bila tiba detiknya
Atau mungkin sayu sekali tumpas di tengah pertempuran
Janji ini akan aku simpan untuk si rakus seterusnya