7 Jan 2011
Aku nak berhenti jadi student - nak jadi penulis lagu. Lagu pertama yang akan dirilis ialah 'Airmataku di paper Chemistry'.
Tak, tapi betul -- air mata aku memang jatuh atas formula & equation tadi tu. Bila tak mampu nak buat apa-apa selain forwardkan doa yang paling ikhlas dekat Tuhan, perkara kedua yang hentam hati aku sampai remuk redam adalah kemungkiran janji aku dekat mak untuk belajar betul-betul. Aku sendiri jadi batu, bisu. Aku dah jauh tertendang dari laluan yang dulunya aku yakin akan pijakkan kaki aku di situ. Mak dah tak ada, yang tinggal ----- aku.
Aku betulkan hujung selendang hitam yang jatuh ke dada, letakkan atas bahu tempat asalnya.
"Mak, dengar ni mak. Gee cakap dengan mak ni. Ni kertas Chemistry. Gee jawab sikit je, yang lain tinggal tempat kosong. Lepas tu Gee tidur. Mesti nanti Gee dapat markah rendah, mak. Macam mana nak cakap dekat Pak Abu ni, mak?"
Aku cakap sorang-sorang je tepi kubur tu. Macam mak dengar. Kalau mak tahu aku teruk macam ini, mesti mak tarik aku tidur sekali dengan dia kat dalam tanah tu. Aku memang tak guna. Suruh belajar pun aku tak mampu - itu permintaan mak untuk aku dan Reen sebelum dia pergi. Se-epati aku pun dalam dunia ni, mak yang aku letakkan sebagai prioriti. Tapi mak nak meninggal jugak masa aku koma, aku nak buat macam mana.
Dah tiga tahun mak pergi. Tiga tahun jugak Reen tinggalkan aku tak bergantung. Dia kata, dia tak akan balik selagi dia tak tunaikan janji dia pada mak. Aku hilang arah bila aku tak dapat jejak Reen dekat mana sekarang. Aku dah hilang asa. Semuanya aku serah kepada Dia. Kalau Dia mahu beri aku peluang untuk jumpa Reen, Dia akan beri. Aku percaya itu.
Pak Abu taja pembelajaran aku lepas mak dah tak ada. Mungkin dia rasa bullshit seumur hidup - sebab kereta dia yang langgar mak. Aku tak ada dendam dengan dia - aku percaya itu memang Tuhan dah tulis dalam buku mak, mak akan pergi tinggalkan aku lepas terlibat dalam kemalangan. Tapi Tuhan panjangkan umur aku - cuma koma dan aku bersyukur sebab Dia bagi aku peluang satu kali lagi untuk hidup. Tak pernah daku rasa begini, seperti mati hidup kembali - Emmet Butters yang kata lah.
Semua kerja-kerja hina yang aku buat sebelum accident tu aku dah tak buat lagi. Taubat. Barang putih, barang hitam ke biru ke merah ke, semua aku tinggalkan dalam rumah lama dekat Damansara. Sekarang rumah baru aku jauh dari semua anasir berunsur syaitan dan sesat. Cuma Pak Abu yang masih jadi syaitan besar - dia tak serik masuk lokap lepas anak ayam dia kena tangkap dekat Jalan Changkat hari tu. Bisnes dia makin maju - yang aku tak campur.
Aku bangun, bersihkan punggung yang ada tanah-tanah kubur. Sedut angin petang Rabu ini sampai pangkal dada, hembus. Aku genggam kertas Chemistry dan susun langkah kaki sampai ke kereta. Toyota Innova milik anak Pak Abu berderum laju meninggalkan tanah perkuburan - yang juga aku tinggalkan jiwa aku untuk temankan mak bila panas dan hujan, bila siang dan malam, bila cerah dan mendung, biar mak tak sendiri. Aku harap esok dan hari-hari mendatang tak akan berlaku kejam dengan aku.
Sebab kalau Pak Abu pun kena langgar kereta jugak, tak ada siapa nak sara hidup aku dah lepas ini.
Jumaat, 7 Januari 2011
Langgan:
Catatan (Atom)