Sabtu, 27 Februari 2010

Kau Putuskanlah Titlenya Sendiri.

Pusing, aku pusing. Seharian menaip atas papan kekunci. Setelah sekian lama hati berteriak, kini jemari kasar luahkan segalanya. Luahkan apa? Kau cuma kosong, Gee. Dunia sejagat pasti jelik dengan dongeng ciptaan kau. Peduli apa aku.

Hari-hari kerjaku begini. Hibernasi adalah perkara utama. Diikuti penceritaan kisah-kisah dusta di dunia maya. Menanti 'panggilan' dari dunia itu, ya, dunia itu.

"Kraaaakk!" Pintu usang bilik dikuak. Pantas aku toleh ke belakang.

"Gee, esok hantar kat PJ. Five packets, jangan lupa. Dia ni customer baru. Kau jangan buat hal dengan dia pulak," bilang Rina. Lebih selesa aku memanggilnya Reen, saudara sedarah yang lahir tiga tahun sebelumku. Punyai kakak sepertinya tidak susah, kerna dia juga hidup dalam dunia yang sama aku huni. Ya, itulah 'dunia itu'. Barangkali dia yang pengaruh hidupku.

Panggilan yang ditunggu telah aku terima. CPU di bawah meja aku buka pelindungnya. Serbuk putih itu aku kira lima paket, cukup, aku masukkan ke sling bag biru lusuh yang berkurun tidak berganti. Sengaja aku sediakan awal, takut-takut terlupa esoknya, mampus aku diterajang Reen lagi. Kembali mata aku tumpukan pada skrin.

Sedang asyik mabuk menaip coretan palsu, mata aku lirik ke kalendar di dinding. Shit! Esok aku perlu ke kelas amali memandu. Macam mana - aku mahu berikan order itu by hand? Ah, ponteng saja. Pandai-pandailah aku selinap keluar lepas tunjuk muka, macam punch card. Lepas itu kau larilah. Fikir aku mahu sangat punyai lesen sendiri, redah saja.

Mengantuk. Komputer aku matikan. Esok sajalah sambung, bukannya ada yang membaca. Seperti hari-hari biasa, aku sukar lena walaupun tadi sudah mengantuk. Bodoh. Tidur sajalah.






Sialan. Aku kesiangan. Salin baju, cuci muka, ambil beg, jalan. Aku biasa begini. Mana peduli kata orang. Bilang apa saja kau suka, pengotor, pemalas, biarlah. Sekurang-kurangnya aku tidak sebusuk hati masyarakat yang sering membuta tuli mengejar kemewahan hidup walaupun harus berdosa.

Ah, aku juga berdosa. Kerjaku haram. Tapi adakah orang yang mahu berikan kami wang berkepuk begitu saja? Teruskan berangan. Kerna itu aku memilih kerja ini. Emak yang tiada kelulusan menyukarkan usahanya mencari kerja. Untung aku belajar memandu dengan wang ihsan Pak Abu, si bapa ayam itu. Ah, dia juga berdosa. Wang haram. Mana mungkin kau bisa lari dari dosa dalam dunia kejam ini.

Kelas memandu aku dibatalkan. Celaka. Kalau aku tahu dari awal, tak perlu aku tergesa-gesa bagini. Baik aku sambung tidur. Ah, lupa pula. Paket ini aku perlu hantar. Berlari aku ke stesen LRT Masjid Jamek. Tiket satu, menghala ke Jalan Universiti. Janjinya di Wendy's, Jaya One. Bersesak di stesen tidak menjadi masalah bagi aku. Sudah biasa. Seperti dalam moshpit, ah rindu pula gig yang selalu aku pergi, bertemankan Danny, Amir, Lisa dan Chick. Kadang-kadang Reen juga join sekaki. Eh, apa ini. Aku terasa sesuatu di belakang. Bodoh. Peraba sial. Aku capai tangan itu, cari 'barang'nya. Aku raba dia balik. Haha, sedap juga meraba lelaki.

Keluar dari tren. Aku bergegas mencari bas. Kejap. Ada lelaki menegur aku. Senyum. Err, tiada motif mungkin. Dia sedang merokok. Dia hulur sebatang, aku ambil. Hidupkan apinya. Puas.

Bas berhenti mengejut di hadapan bangunan yang aku tuju. Bangang. Aku hampir tercium Bangla berbaju oren ini. Cari papan tanda Wendy's. Merah. Ya, itu. Aku masuk. Huh, sejuknya hawa penyaman udara terasa di tubuh. Aku tercari-cari lelaki berbaju jersi Manchester United seperti yang dibilang Reen. Tak sabar aku mahu pegang tiga ribu, cash. Cari dan cari. Aku jengkitkan kaki, masih melilau kiri dan kanan. Lima minit. Aku ditepuk dari belakang.

"Kau Gee? Bawa barang?" sapa makhluk itu yang bersuara lelaki. Aku bet inilah lelaki yang Reen maksudkan. Aku toleh.

Aku ternganga.

Senyap.

Kenapa mesti dia?

Bodoh. Jeff, teman selepak yang hampir meragut mahkota perempuan aku tiga tahun lepas.

Dari mana si dajal ini datang? Pergi mampus. Janji aku dapat habuan.

Sampul surat besar yang aku yakini berisi tiga ribu ringgit aku ambil darinya. Aku buka. Aku tutup. Blah dari situ.


Balik. Pintu bilik aku hentak, sengaja. Biar jahanam terus. Kan bagus.

"Kau apahal? Hentak-hentak. Tak puas hati?" Reen angkat muka.

Memang aku tak puas hari, betina. Aku diam, tak tahu nak jawab apa. Ah, cakap sajalah.

"Siapa customer baru kau tu?" Aku nekad juga tanyakan hal itu. Dengan muka cencurut.

"Oh, boyfriend baru aku. Lepas ni dia akan jadi regular customer, tau? Masyuklah kita, duit banyak, aku tak sabar nak rasa Ibanez baru. Hahaha," dia sengih. Tawa si Reen seolah-olah aku rasakan menusuk. Sangat menusuk. Pergh.



Err, apa tadi? Boyfriend baru? Nasib kaulah Reen. Lepas ini giliran kau. Hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan