Aku duduk, pandang kiri, pandang kanan
Kau duduk, pandang kanan, pandang kiri
Aku jeling kau
Kau jeling aku
Apahal kau tak puas hati?
Aku tutup mata, aku tak tahu kau buat apa
Mungkin sedang lihat aku atau kau pun tutup mata
Bila aku buka mata, kau pandang aku
Aku malas nak tengok kau lagi
Baju aku biru, baju kau pun biru
Seluar aku koyak belah lutut kiri
Seluar kau koyak belah lutut kanan
Aku jeling kau
Kau jeling aku
Apahal kau tak puas hati? - Aku tanya lagi
Aku mahu berdiri, aku tahu kau pun akan berdiri
Berdiri. - Lihat? Kau pun berdiri
Dasar peniru
Dasar tak ada identiti
Dasar makhluk bodoh
Semua dasar itu kau
Aku sentuh kau
Kau sentuh aku
Tapi kenapa aku tidak dapat menyentuh kau?
Dungu, itu cermin
Imej itu adalah kau sendiri
Refleksi darinya jujur sekali
Aku diam kebodohan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
beb.. best la post yg nie..
BalasPadamahahaha..
lawak gler./.