Selasa, 27 April 2010

Pro dan Kontra.

Hari-hari terakhir persekolahan aku tak rasa perlu aku sia-siakan. Hari-hari inilah yang orang kata; baru nak jejakkan kaki dekat pelusuk sekolah, tempat yang belum pergi pun wajib pergi, baru nak bergambar segala dengan baju putih kain biru, baru nak sapa semua orang keliling yang selama ini aku tak pernah kisah pun dia orang hidup atau tidak.


Berbunyi-bunyi kasut aku seret atas jalan tar menuju ke kawasan haram sekolah. Orang panggil itu Starbucks, sebab bila lepak dekat sana, kau rasa macam duduk dekat Starbucks, rasa seronoklah. Kenapa tak ada nama kafe lain pun aku tak tahu. Padahal itu cuma kuarters pekerja sekolah yang sudah lama tak ada orang duduk.


Aku seluk poket cari MP3, Reen punya juga. Biasalah kalau dah adik-beradik semua benda boleh jadi harta sepencarian, rembat sesama sendiri punya barang. Alah, baju dalam aku pun dia rembat, takkan MP3 nak berkira. Tekan-tekan punat sebelah skrin cari lagu The Monophones. Layan lagu petang-petang macam ini memang rasa kosong je otak.


Aku letak beg dekat tepi, angkat baju kurung sampai paras pinggang, baru duduk beralas kain sekolah biru muda yang tak lama lagi aku nak buang atau bagi Joyah belakang rumah balut nangka dekat pokok dia yang menjalar atas bumbung rumah aku. Kaki aku biarkan lepas dekat hujung bangunan. Duduk dekat penjuru Starbucks dekat tingkat atas sekali. Macam tempat mendarat helikopter itulah. Mengeluh sekejap, dah jauh aku jalan. Blok kelas dengan Starbucks ini bukannya dekat. Aku biar telinga dengar lagu-lagu rock and roll sambil tengok pemandangan sekolah dari atas. Volume maksimum, macam biasalah. Sebab itu mak kata aku pekak, orang panggil pun tak dengar. Tiba-tiba ada budak lelaki datang duduk sebelah, letak beg dia. Seluar dia lusuh sedikit, rambut macam tegak-tegak, kalau cicak mendarat atas kepala dia mesti dah mati. Muka dia sikit pun aku tak cam, padahal budak sekolah ini juga. Memang itu yang aku maksudkan tadi, aku tak pernah kisah dengan orang keliling aku dekat sekolah.


Apa dia cakap? Aku tak dengar. Oh lupa, kejap aku buka earpiece ni.


"Boleh aku duduk sebelah sini?" Dia mula buka konversasi.

"Kau dah duduk dah pun." Aku buat muka macam tikus belanda. Malas nak layan sebenarnya, kacau mood aku nak layan lagu kejap. Entah siapa entah dia ini. Dia bangun balik, berdiri.

"Oh, sekarang boleh aku duduk?"

"Lerr, kau berdiri buat apa. Duduklah terus." Rasa budak ini macam bangang pun ada juga. Lurus betul.

"Kau tak takut ke duduk sebelah aku? Aku tak kenal kau. Mana tahu tiba-tiba aku makan kau ke, tolak kau dari atas ni ke, bunuh kau ke," Aku tanya. Soalan itu sebenarnya berniat untuk menghalau dia tapi aku tak sampai hati nak cakap direct.

"Haha, aku tak takut langsung. Makanlah aku," Dia sengih.


Aku tenung. Cantik senyuman dia, aku tak pernah tengok orang senyum seikhlas itu dekat aku selain mak. Nak harap Reen senyum dekat aku, mampus dia kata buang tebiat. Sebab itu hidup aku dull. Tak ada bahagia, tak ada rasa sayang, tak ada penghargaan, memang tak ada, tak ada. Tapi entah kenapa aku rasa dia senyum ini buat aku termenung sekejap.

"Kau kenal ke aku siapa? Ah soalan kepala lutut. Siapa saja yang kenal aku. Underdog," Aku mengeluh. Memang aku yakin tak ada yang kenal aku selain 9 orang cikgu aku - eh, minus seorang, 8 saja, Dumbo dah mati - dan makcik kantin.



"Kenal. Kau Gee, nama panjang Hazirah Amin Najid," Dia besarkan mata sambil senyum. Aduh, aku betul-betul suka senyum dia itu.

"Erk, mana kau tahu?" Aku dah pelik. Sumpah pelik.

"Kau star Physics tapi cikgu tak pernah puji kau, sebab kau calarkan kereta dia tahun lepas," sambung dia lagi.

"Orang lain tak tahu benda itu kecuali aku dengan dia saja, macam mana....." aku tak habis cakap lagi, dia mencelah.

"Kau bunuh Cikgu Hairi, kau panggil dia Dumbo sebab telinga dia besar," dia sambung lagi dan lagi.

"Hoi hoi hoi macam mana kau tahu banyak gila pasal aku ni?" aku dekatkan muka aku dengan dia, dahi aku berkerut sebab aku sangat curious dengan mamat yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. Mustahil dia tahu macam-macam pasal aku. Ish peliklah.

"Aku jiran belakang rumah kau. Hari-hari pergi sekolah aku ikut belakang kau. Tapi kau tak pernah toleh ke belakang pun. Macam mana kau nak nampak aku," muka dia kelihatan kecewa sedikit, mungkin aku tak pernah nak figure out siapa dia selama ini.

Dia bersuara lagi, "Aku duduk dekat 5 Beta, sebelah kelas kau saja kan. Jadi aku tahu tentang kau serba sedikit. Pasal Dumbo itu, aku pernah tengok set geometri berdarah itu atas meja kau dan aku ada di celah semak belakang kereta cikgu masa kau calarkan kereta dia."

Muka aku berubah terus. "Jadi selama ni kau stalk aku?!" Aku tinggi suara, berang dengan pengakuan dia, sampai aku terlupa senyuman dia tadi yang aku suka itu.


Insiden aku calarkan kereta cikgu Physics itu bulan dua tahun lepas, maknanya apa yang aku buat selama ini semuanya dia dah tahu. Aku tak selesa bila ada orang tahu macam-macam pasal aku. Aku lebih suka duduk diam, tak ada orang kenal. Semakin orang itu dikenali ramai, semakin haru hidup dia, percayalah cakap aku.

"Eh bukan bukan, kau jangan salah faham. Kadang-kadang aku ternampak kau, itu semua kebetulan. Aku memang nak tegur kau selama ini, sebab aku rasa kau macam interesting saja. Kau lain dari yang lain," aku anggap itu sebagai ayat 'awal' untuk dia kenal aku dengan lebih rapat. Persetan.

"Maaf, ayat itu kau boleh guna untuk perempuan gedik-gedik luar sana dan awek pipi merah, tapi bukan aku," Aku alih pandangan, jelek aku nak tengok muka jantan mulut manis macam dia.


Bagi aku, semua jantan sama saja. Macam ayahlah, sebelum kahwin mulut memang manis, mak cakap. Lepas mengandungkan Reen, mak paksa untuk kahwin. Ya, Reen anak luar nikah. Alah bagi aku sama saja - luar nikah, dalam nikah. Lepas itu ayah tinggalkan mak. Kalau aku dapat ayah, memang aku potong anu dia, masuk dalam botol lepas itu buang dekat laut. Padan muka dia.

"Err, kau menung apa tu?" Dia jenguk muka aku.

"Apa kau sibuk, jantan?" Aku jeling saja, masih tak tolehkan muka dekat dia.

"Oh nama aku Faiz Syafiq. Tapi orang panggil aku Leena," dia hulur tangan. Aku sambut sajalah, nampaklah sedikit ikhlas muka dia itu.

"Dah lama cerita baru nak bagitahu nama?" Aku angkat kening, masih berbunyi agak tegas dengan dia. Aku memang tak friendly, sebab itu tak ada kawan. Aku tak suka nak beramah mesra dengan orang yang baru kenal ini. Bukan boleh percaya semua. Lagi-lagi jantan.

"Apa pasal nama kau macam perempuan?" Aku tanya lagi.


Dia sengih saja. Oh Tuhan, senyum dia itu macam saja nak bagi hati aku lebur sekejap. Tapi aku sebolehnya tak mahu tunjuk dekat dia yang aku suka dia punya senyum tu. Hormon perempuan aku dah aktif, dan aku tak suka fasa ini sejujurnya. Sebab hormon inilah yang buat aku tertipu dengan Jeff jahanam tiga tahun lepas, sampai dia tinggalkan aku. Aku dah serik.


"Itu nama adik aku, hot stuff dekat Convent depan sana. Kawan-kawan aku pun suka sakat aku sebab nak tackle adik aku, lama-lama tak dapat, nama ini pula yang lekat. Terima sajalah," panjang betul dia cerita. Kemudian dia sambung lagi,

"Kau nampak macam jahat kan? Tapi sekarang kau baik pula dengan aku. Masa kau calarkan kereta cikgu itu, muka kau horror gila kot," dia cuba imagin semula apa yang jadi masa itu.

"Siapa suruh dia langgar kucing aku. Sampai sekarang aku dendam, kau tahu. Siapa kata aku nak buat baik dengan kau?" dia punya perasan buat aku nak muntahkan nasi lemak pagi tadi yang separuh hadam dalam perut.

"Errr, kenapa kau duduk dekat sini? Ada masalahkah? Ceritalah dekat aku, mana tahu aku boleh tolong sedikit," tawaran dia langsung tak menarik minat aku.

"Muka aku macam muka ada masalahkah? Pada aku, perkataan 'masalah' itu sendiri tak wujud dalam hidup aku. Kalau benda dah nak jadi, aku anggap itu takdir. Orang yang merancang hidup saja ada masalah, bila keadaan yang berlaku pada sekeliling tak seperti mana yang dia orang rancangkan," aku balas.

"Jadi, kau tak pernah merancang dalam hiduplah? Itu maksud kau? Semua orang merancang untuk punya hidup yang senang, untuk berkahwin, untuk punya harta, kebahagiaan. Kau tak mahu itu semua?" dah lama aku tak bagi orang makan kasut saiz lima. Dia ini memang banyak tanya.

"Semua itu bullshit. Sebab itu semua orang ada masalah, kecuali akulah. Ikut sajalah flow hidup ini. Kahwin untuk apa? Untuk cerai-berai? Serupa tak payah kahwin. Harta pun kau boleh bawa masuk kubur ke? Bahagia, hidup senang, itu semua aku tak perlu. Buang masa fikir. Aku selesa hidup macam ini," ujar aku. Dia diam sejenak. Biasanya orang akan bidas prinsip aku sekerasnya, tapi dia tidak.

"Habistu kau tak mahu kahwin? Tak pernah bercinta ke?" sifat ingin tahu dia itu sangat tebal, aku agak.

"Bodoh. Cinta itu untuk apa? Kau tahu ke cinta itu apa? Aku tak pernah percayakan cinta."

"Aku sangat percayakan cinta, kau tahu. Bagi aku, kalau tak ada cinta, kita tak wujud sekarang. Semuanya kerana cinta."

"Sorry, aku geli."

"Betul ni, Gee. Aku pasti tak lama lagi mesti cinta akan tawan hati kau dan kau akan serahkan segalanya untuk cinta kau, percayalah." Ayat dia dilontar sepenuh harapan dalam hati kononnya aku akan tewas dengan cinta. Fuck off.

"Kau jangan buat benda pelik dekat sini sebelum aku tolak kau ke bawah. Habis tu kau percayalah semua kata-kata cinta itu? Cuba kau sebutkan sedikit dan aku akan tunjukkan betapa tidak masuk akalnya cinta itu." aku cuba meluahkan apa yang aku fikir, dan dia mula bersastera walaupun aku tengok macam ada sedikit gelilah.

"Bersaksikan malam, bulan dan bintang..." dia mulakan bicara cinta geleman dia.

"Bulan dan bintang tak ada masa nak saksikan cengkerama kau malam-malam itu, dia tak ada mata pun," aku anggap awalnya Leena ini gila.

"Wajahmu ayu ibarat bulan yang mengambang..." bersungguh-sungguh dia meluahkan, siap angkat tangan segala.

"Leena, bulan itu merekah dan berkawah. Itu namanya mengutuk, okay." Semuanya kontra bagi aku tentang cinta.

"Cinta adalah perkara yang terindah yang pernah aku lakarkan," sambil menutup mata dia ekspresikan perasaan itu.

"Kau cuba lukis cinta itu macam mana rupa dia. Aku nak tengok,"

"Lautan api sanggup aku renangi demi cinta," sumpah aku geli. Aku dah tak tahan.


Pantas aku capai lighter dalam poket - biasalah aku kan peneman Winston yang tegar - dan nyalakan dekat tangan dia yang menongkatkan badan dia dengan lantai bangunan.


"Hoi kau nak bunuh aku?! Panaslah!" reaksi spontan dia begitu cepat sekali. Cepat-cepat dia tarik tangan dia dan gosok dekat tempat yang kononnya aku nak bakar tadi.

"Kata lautan cinta, pergi mampus. Sikit ini pun kau tak tahan, haha." aku ketawa kecil.

"Eheheh. Kau ketawa comellah. Ketawalah lagi, aku nak tengok. Ketawalah, ketawalah. Haha." terus lupa sakit dia itu bila aku ketawa, sambil selak rambut aku yang separuh menutup muka.

Babi. Boleh tak dia berhenti bagi ayat-ayat macam nak tackle perempuan tu? Maaf, aku sikit tak terusik dengan ayat kau, bro.

"Bodoh, gelilah. Ishh, tepilah," aku tepis tangan dia. Pipi aku memang sensitif, jarang ada orang sentuh pipi aku.

"Fine, big fine. Aku kalah dengan prinsip cinta kau. Haih," dia mengeluh kalah, pandang aku.

"Yes, I win, you lose. 1-0," aku senyum. Ketika ini aku dah mula selesa dengan Leena.

Tapi tak lama kemudian, dia bersuara lagi," Tapi Gee, kau tahu, ada satu persamaan yang kau tak boleh nafikan tentang cinta?" soal Leena.

"Apa dia?" aku tunggu jawapan dia untuk aku bidas lagi.

"Chemistry. Cinta bermula dari chemistry yang ada dalam hati dua insan, kau tak boleh nafikan itu dari sudut pandangan sains," ujarnya.

"Errr, tapi kan...."

"Mana ada, kau dah tak ada point nak bidas dgn aku lagi. Jujurlah, akuilah benda itu, Gee, 1-1. Hahaha."

"Fine, big fine." Aku akui itu adalah pro tentang aku dan dia. Aku tolehkan muka tak pandang dia lagi.

"Alah, baru seri. Aku belum kalah kan."

"Kau macam budak-budak kan? Kelakarlah. Eh, kau pukul berapa nak balik ni? Budak-budak tak boleh balik lewat, kau tahu. Nanti kena sorok dengan hantu," Dia sengih dalam mengutuk aku ini. Aku pandang langit dekat atas. Semakin malap warnanya.

"Aah la weh, dah nak malam. Jomlah balik. Aku lapar ni,"

"Kau ajak aku balik ke? Come on lah, bertuah gila aku. Heee. Lepak mamak depan rumah kau dululah, kau lapar kan? Aku belanja, kau bayar, okay?" dia sengih lagi, aku cuba gagahkan diri menatap sengihan dia yang macam nak ragut hati aku ini. Gagahlah, Gee. Jangan kau fall dengan mamat ni pula.

"Hoi tu nak belanja ke apa? Suruh aku bayar pula, kedekut punya jantan. Mampus kaulah, aku pun boleh bayar sendiri," aku tarik muka.

"Alamak aih, pandai dah kau merajuk. Iyalah iyalah, aku belanja, aku bayar. Jom, karang mati kering kelaparan dekat sini. Lepas itu kita balik," kata Leena sambil tarik tangan aku menuju pintu pagar sekolah.

Errr, kenapa aku dah mula terasa dengan kata-kata dia ini? Shit. This is crap. Totally crap. Jangan kata aku suka dia, shit. Its going to be shit forever if I like him. Bodohlah kau, Gee.

"Woih kejap, tali kasut aku." itu dialog terakhir dari aku sebelum aku dan dia jalan sama-sama pergi kedai mamak depan rumah aku. Ececeh. Macam couple pula. Haha. Aishh, bodoh. Bodoh punya bodoh.

Sampai kedai mamak, aku cuma pesan roti canai dan teh ais. Sama juga dengan Leena. Aku berborak lama dengan dia sampai kedai mamak itu dah nak tutup. Dia ambil gambar aku dengan dia sebelum balik. Walaupun aku tak suka bergambar, tapi demi dia, biarlah. Okay, aku rasa chemistry dalam badan aku tak balanced.

Aku balik rumah, campak beg, baring. Penat betul bersembang dengan Leena. Nama saja lelaki, tapi mulut macam perempuan. Aku cakap pun tak sepetah dia. Dan esok Leena janji nak belanja aku kuey toew goreng dekat kantin sekolah. Aku tidur dengan nyenyak tanpa aku sedar kerja rumah yang tak siap lagi menunggu aku dalam beg lusuh aku itu. Esok mesti aku kena denda angkat baldi tukang cuci atas kepala dekat luar kelas. Ah, persetanlah itu. Bukan 'masalah' aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan