Isnin, 8 Mac 2010

Definisi Dari Kau.

Itu gambar kita. Aku sering perhati di sini, dalam dunia maya di depan mata. Aku senyum. Skrin ini masih memaparkan imej yang sama. Aku tak mahu tukar. Biar di sini, sampai aku puas.

Jeling sedikit di bawah itu. Kau online, aku teruja. Aku tegur kau, dan tutup semula. Berkelip-kelip warna oren di tab kau. Tapi pertengkaran tempoh hari masih belum sampai ke kesimpulannya. Gagahkan diri sajalah. Haih.


Aku : Weh, mok.
Kau : Apa mel?
Aku : Sayang itu apa?


Aku tak punya soalan lain yang terlintas dalam kepala. Spontan saja, agaknya.


Kau : Sayang?
Kau : Sayang itu rasa.
Aku : Lagi?
Kau : Semua jawapan itu ada bila kau sendiri yang merasa sayang itu.
Kau : Macam mana kau hendak tahu apa itu sayang kalau kau sendiri tidak membenarkan diri kau untuk merasa sayang?


Dia sepertinya persis mengetahui apa yang ada dalam kotak hati aku.


Aku : Susahlah hendak bagi diri sendiri rasa sayang.
Kau : Susah itu sebab kau sendiri yang halang.
Kau : Tapi aku tahu.
Kau : Mesti kau fikir susah itu sebab orang yang kau sayang itu yang menyusahkan kau.
Aku : Siapa?
Kau : Kau yang tahu, tanyalah diri kau.


Aku buntu. Ah, menyesal aku tegur dia seawal tadi.


Aku : Aku tak tahu.
Kau : Sekarang kau sayang siapa?
Aku : Kau.
Kau : Aku pun sayang kau.
Kau : Aku tahu.
Kau : Salah aku yang buat kau susah hendak bagi diri kau rasa sayang.


Aku mengalah, namun ada sekelumit lagi rasa sial itu.


Aku : Aku rasa aku patut bunuh kau.
Kau : Bunuhlah.
Kau : Kalau kau suka aku mati.
Kau : Bunuh saja.
Kau : Aku tak kisah.
Kau : Aku nak kau happy saja.
Kau : Kalau aku yang halang happy itu daripada datang pada kau.
Kau : Baik kau bunuh aku.
Kau : Tak guna aku ada kalau aku halang happy itu daripada datang pada kau.
Kau : Kalau kau susah hendak bunuh aku pun tak apa.
Kau : Aku boleh suruh orang lain bunuh aku.
Kau : Ataupun aku sendiri boleh buat.
Kau : Nak mati senang saja.
Kau : Tapi kalau itu yang betul-betul boleh buat kau happylah.


Aku fikir itu yang dia benar mahukan.


Aku : Okay. Sekarang pergi mati.
Kau : Kau hendak aku mati?


Terkedu. Ah, tidak.


Aku : Tak. Sebab aku sayang kau.


Ya, sayang itu indah. Cukup indah. Sukar untuk aku temukan sayang yang benar-benar berdiri pada maksudnya teguh sekali. Begitu cantik sekali kau mendefinisikan sayang itu, melalui apa yang pernah kita ada bersama. Bukan tidak cukup sayang yang aku punyai, cuma ini adalah satu anugerah. Aku terima sayang itu dengan hati yang kosong. Sayang itu mencorakkannya. Dan aku berterima kasih kepada penyumbang itu. Kau. Kita telah sampai ke kesimpulan yang aku cari. Dan esok kita bakal buka satu lagi lembaran untuk kita coretkan bersama.



Sayang, aku benar-benar happy.

1 ulasan:

  1. "Jangan lembutkan diri dengan kasih sayang."


    Kata pujangga yang aku pegang sampai saat ini.

    BalasPadam