Ahad, 7 Mac 2010

Ini Cerita Lama.

Bosan. Macam-macam kelas yang aku kena pergi minggu depan buat aku serabut sikit hari ini.

Aku tarik laci, cari Starmild. Cari lighter. Damn! Dah habis. Duit ada lagi kot. Jalanlah sekejap pergi kedai. Sangap dah ni.

Err, tapi aku rasa hari itu ada tinggal sebatang lagi. Cilanat. Mesti Reen rembat. Ah biarlah.

"Gee, belikan topup lima ringgit. Kering dah ni!" Jerit Reen dari bilik, yang menjeling ke ruang kecil antara daun pintu dan dinding menampakkan aku ambil duit, menandakan aku mahu keluar.

Lama sudah aku tak merayau. Terperap lama-lama dalam rumah. Kalau mangga, sudah jadi jeruk agaknya.

Haaaaaah. Udara petang yang aku rindu sangat. Lihat kiri kanan orang jogging, bawa anak jalan-jalan, yang couple beromen pun ada tepi pokok bawah pokok belakang pokok. Atas pokok aku tak tahu.

Sampai di kedai, aku minta mamak itu ambilkan Winston sekotak, Hotlink lima ringgit. Nasib baik cukup duit. Mamak cuma sengih, bertanyakan aku yang sudah lama tak kelihatan. Terharu aku, mamak.


Balik terus, aku tak ada mood nak lepak lagi. Oh hari ini hari apa. Ahad. Sial lah. Kenapa aku kena lalu jalan ini. Futsal court tepi jalan ini tempat favourite Jeff dan sekutu dia main bola. Sorak-sorak mereka dari jauh aku dengar. Lalu sajalah. Doalah supaya aku tak terjumpa si lahanat itu.

"Gee datang, Gee datang. Jeff, ikan kau datanglah! Haha!" teriak Apai.

Aku tahu itu suaranya. Babi kau Apai. Macam mana kau nampak aku.

"Pukkk!" kepalaku terhentak. Hantaran bola straight ke kepalaku. Sial. Aku tahu mesti aku kena. Ini mesti kerja Jeff.

"Weh bagi baliklah bola tu. Kau sayang aku kan? Kan kan?" diikuti hilai tawa sekutu jahanam itu.

Gelilah sial. Kau ingat aku bodoh untuk makan segala jadah yang manis itu? Lagi-lagi keluar dari mulut busuk kau. Longkang. Makan tahi lah weh.


Pisau Reen aku keluarkan dari poket. (Err, macam pernah ada ayat ini sebelum ini kan?) Ya, pisau itu memang selalu aku main, usung ke mana saja. Aku tak mahu banyak cakap. Cucuk bola berkali-kali. Aku dapat rasakan anginnya keluar.

Cucuk.
Cucuk.
Cucuk.

"Nah, ambillah." Aku senyum, ikhlas aku bagi, Jeff.


Blah. Winston aku buka dalam plastik, sebatang aku ambil. Hidupkan keseronokannya.


Sedut. Pehh sedap.


Insiden bertemu Jeff yang kerap aku cuba elakkan, hari ini bertukar seronok. Betul, seronok.




ini cerita aku tiga tahun lepas. prekuel, rasanyalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan