Ahad, 28 Februari 2010

Si Dumbo. - Tiga

Bergerbang rambut aku ditiup angin. Angin kuat. Musim hujan. Sekejap lagi mesti hujan. Ah sejuknya. Kalaulah aku punyai kereta.

Ada anjing di situ. Situ. Biarkan dia. Buat hal aku sudah.


Kejap. Dia ekori aku?

Lajukan langkah. Bedebah. Dia ikut lagi. Aku nekad lari. Aku tak mahu mati di mulut sang anjing kotor ini. Giginya kelihatan. Tajam. Air liurnya keluar. Mata itu bagai aku menjadi tujuannya. Tuhan, tolong selamatkan aku.

Lari. Lari.



Ahhhhh tersungkur! Shit. Aku tak sempat lari lagi. Dia sudah ada di depan ini.
Dia bersuara, "Akulah jelmaan Si Dumbo. Masa untuk bayar hutang kau,"

Ceh. Bangang. Si Dumbo rupanya. Aku bangun, tendang kepalanya. Tendang lagi dan lagi. Pijak lagi. Sampai dia terkulai. Mampus kau Dumbo.

Si Tua Telanjang.

Sayup kelihatan
Si tua itu
Aku tak mampu menutup mata
Mulut lopong
Dia telanjang

Apa gila si tua ganyut ini?
Aku persoalkan itu
Segannya seolah tertinggal di rumah
Dia senyum
Itu yang ikhlas
Aku tahu

Hampiri aku, malu
"Jangan pandang bawah"
Aku ulangi itu acap kali
Semua rasa berlari-lari
Dalam tempurung kepala

"Untuk apa kamu pakai itu?"
Dijuihkan bibir ke tshirt aku
Bangang punya si tua ganyut
Fikir aku mahu jadi seperti kau?
Gila

"Bukankah apa yang kamu punyai itu
Serupa dengan yang lainnya?
Usah berlagak seperti
Kamu tidak tahu rupa apa yang lain itu miliki"



Terkedu
Kini aku juga mahu telanjang

Senang

Norma Cinta.

Persetankan simile malam
Cinta bulan dan bintang

Usah diangkat kisah alam
Sayang bunga dan kumbang

Jangan diungkap hikayat belantara
Kasih hutan dan hujan

Diamkan saja perihal manusia
Rindu hati dan perasaan



Kerna
Akan si bintang meninggalkan bulannya
Pasti si kumbang melupakan bunganya

Mesti si hujan kering di hutannya
Sering si perasaan pudar di hatinya





Itulah norma cinta
Kau punya pasal kalau kau tak mahu percaya

Bayu Beijing.

Sejuk. Punggung rebah atas konkrit di jalanan. Gerai buah. Restoran mewah. Kelab snuker, bar. Sebijik sama di Kuala Lumpur. Aku suka cuma Sex Shop terang-terangan di hujung jalan itu. Itu kelainan. Apa perlu aku lihat benda yang sama di tanah sendiri dan tanah orang? Teman-teman tersengih. Melihat si anu dan polan keluar masuk. Premis itu. Biasalah, otak 17 tahun.


Lagu The Times dimainkan SonyEricsson milik Faruque. Konfrantasi Primadona. Tepat dengan ketika itu. Primadona bermata sepet layu di atas sofa, aku lihat dari luar. Sang betina menjual asetnya.

Lorong itu makin malap. Sedikitpun itu tidak meresahkan. Terlihat lagi mini skirt sang betina terangkat. Terliur. Bangang. Aku ketawa. Kaki panjang putih gebu. Dada besar berbaju sendat. Tanpa tali. Seronoklah sang jantan dari Malaya ini. Leher jinjang seolah mahukan merah di situ. Bibir memikat. Kerna itu dia mencari sesuap nasi di situ.

Maaf, aku bukan lesbo.

Esok Yuan milik aku akan habis. Pulang.

Pasti aku rindu dengan bayu Beijing.











Dengan Sex Shop itu juga, mungkin.

Selamat Tinggal.

Jendela paparkan keheningan
Subuh
Ada yang sedang berbicara dengan Tuhannya
Sedang sarapan
Atau mungkin masih dalam dunia mainan pejaman mata
Seronok

Dan aku
Bersama yang lain
Hari ini yang terakhir
Bakal ku sarung kurung putih
Kain biru
Lencana
Tanda nama
Beg
Segala jadah yang biasa si pendek akal kenakan pada dirinya
Untuk terakhir kali

Langkah diiringi ketidaksabaran
Menanti jam 3.30 petang
Jahanamlah subjek yang aku duduki hari ini
Tak peduli
Yang penting cuma seronoknya itu
Hebatnya itu
Selepas aku bangun dari kerusi

"Kriiinnngggg!"
Ya, itu yang aku tunggu
Jam loceng melantangkan iramanya
Angkat beg, lari
Lari

Dan kami berpesta sepuasnya
Sepuasnya dan sepuasnya


Pulang aku tersedu-sedu
Dadaku naik turun, ah kepala aku pusing
Sengih, aku ketawa
Haha, haha dan haha dan seterusnya
Aku seronok
Lima botol aku balun
Bahagianya
Berakhir sudah; Sekolah Pergi Mampus
Ya, akronim itu
Fikirlah sendiri


Selamat Tinggal.

Sabtu, 27 Februari 2010

Kau Putuskanlah Titlenya Sendiri.

Pusing, aku pusing. Seharian menaip atas papan kekunci. Setelah sekian lama hati berteriak, kini jemari kasar luahkan segalanya. Luahkan apa? Kau cuma kosong, Gee. Dunia sejagat pasti jelik dengan dongeng ciptaan kau. Peduli apa aku.

Hari-hari kerjaku begini. Hibernasi adalah perkara utama. Diikuti penceritaan kisah-kisah dusta di dunia maya. Menanti 'panggilan' dari dunia itu, ya, dunia itu.

"Kraaaakk!" Pintu usang bilik dikuak. Pantas aku toleh ke belakang.

"Gee, esok hantar kat PJ. Five packets, jangan lupa. Dia ni customer baru. Kau jangan buat hal dengan dia pulak," bilang Rina. Lebih selesa aku memanggilnya Reen, saudara sedarah yang lahir tiga tahun sebelumku. Punyai kakak sepertinya tidak susah, kerna dia juga hidup dalam dunia yang sama aku huni. Ya, itulah 'dunia itu'. Barangkali dia yang pengaruh hidupku.

Panggilan yang ditunggu telah aku terima. CPU di bawah meja aku buka pelindungnya. Serbuk putih itu aku kira lima paket, cukup, aku masukkan ke sling bag biru lusuh yang berkurun tidak berganti. Sengaja aku sediakan awal, takut-takut terlupa esoknya, mampus aku diterajang Reen lagi. Kembali mata aku tumpukan pada skrin.

Sedang asyik mabuk menaip coretan palsu, mata aku lirik ke kalendar di dinding. Shit! Esok aku perlu ke kelas amali memandu. Macam mana - aku mahu berikan order itu by hand? Ah, ponteng saja. Pandai-pandailah aku selinap keluar lepas tunjuk muka, macam punch card. Lepas itu kau larilah. Fikir aku mahu sangat punyai lesen sendiri, redah saja.

Mengantuk. Komputer aku matikan. Esok sajalah sambung, bukannya ada yang membaca. Seperti hari-hari biasa, aku sukar lena walaupun tadi sudah mengantuk. Bodoh. Tidur sajalah.






Sialan. Aku kesiangan. Salin baju, cuci muka, ambil beg, jalan. Aku biasa begini. Mana peduli kata orang. Bilang apa saja kau suka, pengotor, pemalas, biarlah. Sekurang-kurangnya aku tidak sebusuk hati masyarakat yang sering membuta tuli mengejar kemewahan hidup walaupun harus berdosa.

Ah, aku juga berdosa. Kerjaku haram. Tapi adakah orang yang mahu berikan kami wang berkepuk begitu saja? Teruskan berangan. Kerna itu aku memilih kerja ini. Emak yang tiada kelulusan menyukarkan usahanya mencari kerja. Untung aku belajar memandu dengan wang ihsan Pak Abu, si bapa ayam itu. Ah, dia juga berdosa. Wang haram. Mana mungkin kau bisa lari dari dosa dalam dunia kejam ini.

Kelas memandu aku dibatalkan. Celaka. Kalau aku tahu dari awal, tak perlu aku tergesa-gesa bagini. Baik aku sambung tidur. Ah, lupa pula. Paket ini aku perlu hantar. Berlari aku ke stesen LRT Masjid Jamek. Tiket satu, menghala ke Jalan Universiti. Janjinya di Wendy's, Jaya One. Bersesak di stesen tidak menjadi masalah bagi aku. Sudah biasa. Seperti dalam moshpit, ah rindu pula gig yang selalu aku pergi, bertemankan Danny, Amir, Lisa dan Chick. Kadang-kadang Reen juga join sekaki. Eh, apa ini. Aku terasa sesuatu di belakang. Bodoh. Peraba sial. Aku capai tangan itu, cari 'barang'nya. Aku raba dia balik. Haha, sedap juga meraba lelaki.

Keluar dari tren. Aku bergegas mencari bas. Kejap. Ada lelaki menegur aku. Senyum. Err, tiada motif mungkin. Dia sedang merokok. Dia hulur sebatang, aku ambil. Hidupkan apinya. Puas.

Bas berhenti mengejut di hadapan bangunan yang aku tuju. Bangang. Aku hampir tercium Bangla berbaju oren ini. Cari papan tanda Wendy's. Merah. Ya, itu. Aku masuk. Huh, sejuknya hawa penyaman udara terasa di tubuh. Aku tercari-cari lelaki berbaju jersi Manchester United seperti yang dibilang Reen. Tak sabar aku mahu pegang tiga ribu, cash. Cari dan cari. Aku jengkitkan kaki, masih melilau kiri dan kanan. Lima minit. Aku ditepuk dari belakang.

"Kau Gee? Bawa barang?" sapa makhluk itu yang bersuara lelaki. Aku bet inilah lelaki yang Reen maksudkan. Aku toleh.

Aku ternganga.

Senyap.

Kenapa mesti dia?

Bodoh. Jeff, teman selepak yang hampir meragut mahkota perempuan aku tiga tahun lepas.

Dari mana si dajal ini datang? Pergi mampus. Janji aku dapat habuan.

Sampul surat besar yang aku yakini berisi tiga ribu ringgit aku ambil darinya. Aku buka. Aku tutup. Blah dari situ.


Balik. Pintu bilik aku hentak, sengaja. Biar jahanam terus. Kan bagus.

"Kau apahal? Hentak-hentak. Tak puas hati?" Reen angkat muka.

Memang aku tak puas hari, betina. Aku diam, tak tahu nak jawab apa. Ah, cakap sajalah.

"Siapa customer baru kau tu?" Aku nekad juga tanyakan hal itu. Dengan muka cencurut.

"Oh, boyfriend baru aku. Lepas ni dia akan jadi regular customer, tau? Masyuklah kita, duit banyak, aku tak sabar nak rasa Ibanez baru. Hahaha," dia sengih. Tawa si Reen seolah-olah aku rasakan menusuk. Sangat menusuk. Pergh.



Err, apa tadi? Boyfriend baru? Nasib kaulah Reen. Lepas ini giliran kau. Hahaha.

Kalau Cuma Aku Bisa.

Kalau cuma aku bisa bisikkan padamu; aku benci kamu
Ya, pasti lebih aku bahagia
Tak akan pernah terjadi lagi
Iblis dalam hati memakan diri

Kalau cuma aku bisa punyai racun itu
Tak akanku beri kamu teguknya
Seperti yang lain
Aku curahkan pada matamu
Biar sakit
Biar perit
Seperit hati ini

Kalau cuma aku bisa jujur
Cerita cerita curangan kamu aku canangkan
Biar dunia melihat betapa naifnya kamu

Kalau cuma aku bisa berhenti
Berkisahkan perihal cinta dalam entri ini
Pasti akan aku letakkan titik
Di sini

Namun tidak bisa, mana mungkin
Kalau cuma, ya, kalau cuma
Tentu sekali bukan cuma kalau



Aku pantas digelar loser.

Aku Mahu Kau Mati, Boleh?

Apa kau lakukan ini?
Merepek bagai
Tak masuk akal

Ikutkan hati lagi, aku sudah pesan bukan?
Padan muka

Sekarang
Aku mahu kau mati, boleh?

Fantasi Si Penipu Besar.

Apakah kau sedar siapa penipu paling besar pernah kau temui?
Mari sini aku bilang, sini
Dekatlah lagi, dekat lagi
Dialah fantasi

Fantasi menyapa kau sewaktu kau masih kecil
Tidak kenal segala haram jadah yang berlaku
Dalam dunia penuh dosa ini
Kau semati-matinya percaya
Kau tiada pilihan

Aku tahu apa yang dibilang kepada kau
Aku tahu semuanya

Ceritera si pari-pari, bukan?
Kononnya dibilang begitu anggun
Padahal kau tidak pernah melihat satu pun
Dongeng yang ditanamkan di akar umbi otakmu
Busuk semuanya

Kuda bertanduk di dahi
Istana kayangan
Binatang berbicara
Manusia bersayap
Bullshit

Barangkali kau mahu percaya itu
Terpulanglah

Tapi jangan salahkan aku
Andai kerdipan matamu yang terakhir pun
Kau tidak bisa melihat pari-pari itu

Kerna fantasi
Cuma si penipu besar

Pekikkan Semuanya.

Kosongkan kotak minda, kosongkan
Tinggalkan satu yang kau benci
Untuk kau pekikkan, teriakkan
Biar kosong

Larilah sejauh mana kau mampu
Menangislah sebanyak mana kau mahu
Pekiklah sekuat mana kau perlu

Kerna itu saja bisa hilangkan semuanya
Ya, semuanya

Pekikkan semuanya
Aaaaaaaahhhhhhhhh !

Puas? Belum
Aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh !

Aku masih melihat api di mata itu
Lagi
Pekikkan, pekikkan !

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !


Kenapa diam?
Ah, bagus
Kau mati dalam pekikan
Tak apa

Sekurang-kurangnya kau mati dalam kepuasan
bukan?

Jumaat, 26 Februari 2010

Si Dumbo. - Dua

Bangun aku, separuh mamai
Si Dumbo masih mencanai
Kata-kata basinya

"Sejarah merupakan pembelajaran mengenai ......."

Peduli apa aku
Sejarah cuma sejarah
Cerita orang-orang mati
Yang lepas biarlah lepas
Buang masa diulang

Pensel, pen, pembaris, correction pen
Bertaburan dimuntah keluar kotak pensel
Mengapa dipanggil kotak pensel?
Sedangkan yang menghuni juga pen, pembaris, correction pen
Biarkan di depan mata

Mata kutumpukan pada sialan itu

Aku muak, meluat
Jelik dengan wajah Si Dumbo
Kerjanya menghentam aku
Bodoh

Dia pusing
Belakangi aku

Ku capai jangka lukis di tepi
Genggam pangkalnya
Lihat pada leher, jangan tersasar

Hayunkan tangan, ke belakang
Dan baling

"Zasssssss!"
Yeahhh, tepat
Ke titik saraf tunjang
Kolar kemejanya dibasahi cecair merah, darah

Aku senyum simpul, puas
Lihat dia rebah, terlepas kapur tulis di tangan

Si Dumbo kini cuma sebahagian dari mata pelajarannya






Sejarah.

Si Dumbo.

Berlari-lari aku ke kelas. Hah, semput dibuatnya. Beg jeans lusuh kugalas di bahu, separuh zipnya terbuka. Si Dumbo menunggu aku di depan kelas, tangannya sebelah bersandar ke daun pintu.

"Zira, dari mana?" Si Dumbo memulakan bicara sebaik aku tiba di 5 Jaya, yang aku kadang-kadang aku anggap seperti 5 Jahanam.

Si Dumbo, gelaran untuk si telinga besar yang mengajar Sejarah, mampus aku tak layan.

"Saya nak masuk kelas, cikgu. Tumpang lalu." Aku cuba boloskan diri di bawah ketiaknya untuk ke tempat duduk.

"Siapa cikgu kau? Kau bukan anak murid aku. Aku tak ada anak murid kurang ajar macam kau. Ponteng saja. Tak padan dengan perempuan."

Mungkin zaman kau tiada perempuan yang setan seperti aku. Mungkin kau tidak pernah temui. Jadi, lihatlah aku setan yang pertama bagi kau, Dumbo.

"Aku pun tak mahu duduk dalam kelas kau. Mengajar serupa cakap dengan papan putih. Kenapa kau sibuk kalau aku tak masuk ke kelas kau?"

Aku menoleh dan ke belakang.

Letak beg.

Tidur.

Lorong.


Halakan kaki ke mana saja
Itu aku biasa lakukan
Bersamanya, suatu ketika
Sampai aku dan dia lelapkan mata

Tapi hari ini aku sendiri
Peduli apa kalau dia tiada
Jahanam lah dia dengan si jalang itu
Esok
Dia tentu kembali

Tin kosong rintangi jalan
Aku sepak, "Ting!" langgar dinding, pecah sunyi kala itu

Bau asap itu seakan menusuk stimulus
Tak ubah seperti hari yang lepas, aku terkulai di sini
Di atas ribanya
Dia menghembus asap rokok sekali dua, kaki menjulur

"Gee, apa kau rasa kalau kita mati di sini?"
"Mati, matilah. Aku peduli apa."
"Kau tak takut mati?"
"Apa aku nak takut. Semua ini ketentuanku. Jalan ini aku yang pilih. Tak siapa perlu dipertanggungjawabkan atas semua perlakuanku."

Dia senyum, diam
Sekali sekala cengkerik seolah-olah
Berbicara juga

"Aku sayang kau, aku mahu lorong ini jadi saksi cinta kita."
"Cinta? Persetan."
"Kau tak percaya cinta?"
"Apa per...."

Bait kata tidak keluar lagi
Bibir kami bercantum, elok sahaja
Langsung aku sudahi malam itu
Lena di lorong
Bersama dia

Hentak.


Kau hentak hati ini, lagi dan lagi
Semalam kau hentak
Hari ini pun hentak, mungkin esok lusa juga sama
Hentak, bentak
Ah, aku bosan

Lima, dua belas, tiga puluh, lapan ratus, empat ribu
Minit demi minit, jam demi jam aku bilang
Keping-keping hatiku masih bertaut
Tidak hancur seperti sangkaan akal pendek kau
Walau dihentak durjana, kau pendusta

Lidah mungkin membelit seribu bahasa
Tapi jangan kau fikir hati bisa berbuat itu
Mana mungkin, kerna aku merasa

Tarik semula jarimu
Tarik semula semua jarimu
Jangan kau usik, sentuh sedikit pun hati ini
Sekali sentuh aku berderai