Ahad, 21 Mac 2010

Lady Lala.

Aku ada seorang kawan. Errr, mungkin aku salah beri gelaran. Cukuplah kalau aku katakan bekas kawan. Nama dia Alis (bukan nama sebenar). Ah kalau nama sebenar pun bukan dia tahu aku cakap pasal dia. Tapi aku panggil dia Lady Lala. Sebab dia lagi hebat dari Lady Gaga. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, cukup buat orang yang tengok dia diam pandang atas bawah atas bawah.


Mula-mula aku jumpa dia masa 2005, masa itu aku baru tukar sekolah. Masih berkaca mata oldschool tebal, senyum saja pada dia. Aku pun mula-mula pandang dia atas bawah. Ada yang kata dia pandai, untung dia. Sudah lah cantik, pandai pula. Kaya. Tapi aku tak sangka pula dia nak kawan aku. Aku ikhlas, terima sajalah.


Tahun 2006, sama kelas lagi. Aku selesa dengan dia. Tapi semakin lama dia semakin berubah. Aku malas nak ambil port, itu hidup dia. Lumrahlah orang kaya, atas bawah semua mahal. Style semua nak up-to-date. Aku masih dengan oldschool specs. Dia bukan jenis aku. Tapi kita orang ngam saja, aku pun tak tahu kenapa. Aku berambut bulat, rendah, tak ada style, senang kata nerd. Dia cukup hebat dengan tumit tinggi, baju tanpa lengan, beg tangan besar dan rambut yang di-highlight. Perfect bagi lelaki, mungkin. Ajak lepak di rumah dia, hangout di KL, ushar mamat mamat Times Square, itu selalu aku buat dengan dia. Dekat sekolah mungkin dia antara yang paling popular. Tapi aku langsung tak berminat nak tumpang sekaki atas populariti itu.


Masuk 2007, aku kelas lain, dia kelas lain. Jadi tak rapatlah. Dia berubah banyak. Pada aku, dia seolah-olah tak ada life macam budak sekolah yang lain. Pergi sekolah bawa beg pun beg tangan, yang aku rasa kalau nak pergi berkelah baru aku nak bawa beg macam itu. Rambut lagilah, cantik saja dia sembunyikan helaian rambut perang di bawah rambut-rambut hitam, supaya cikgu tak nampak. Kawan-kawan dia yang lain semuanya tak sebaya. Yang special pun selalu bertukar-tukar. Umur yang aku rasa baru nak menelaah untuk PMR, dia dah bergaya pandu kereta mewah dia. Dewasa betul dia ini. Mungkin pada aku, dia ini obses dengan kehidupan dewasa.


Sejak itu, aku tak jumpa dia lagi. Aku tukar sekolah. Tapi aku dapat agak macam mana hidup dia sejak aku tak ada. Tak apalah, dia suka cara itu. Dia langsung tak telefon aku. Mungkin sibuk layan ajakan parti kawan-kawan dia. Mungkin sibuk dengan manicure dia, vacation dia atau shopping segala jadah. Aku tahu ini kawan jenis apa. Aku memang tak harapkan apa-apa dari friendship ini sejak awal lagi. Dia dah lupakan aku. Biarlah.


Bulan lepas, aku terjumpa dia kat sekolah memandu. Itu pun aku yang tegur dia. Aku dah agak, dia semakin hebat. Advanced, atas bawah macam dulu juga. Lepas aku tegur pun dia buat-buat baru perasan aku ada di situ. Plastik betul dia. Aku tak simpan apa-apa rasa sakit hati dengan dia. Cukuplah kalau aku katakan yang aku tak berminat lagi nak berbaik dengan dia. Cukuplah sekali aku kena.


Tadi aku terjumpa dia lepas makan di Big Apple. Itu pun sekali lagi, aku yang tegur dia. Ikutkan hati memang aku tak nak tegur. Tapi yang keluar dengan aku pun kawan dia yang segolongan dengan aku. Nanti apa pula dia cakap, aku tak ingat kawan.


Ya, Alis. Aku memang ingat kau. Tapi aku tak rasa kau ingat aku pun. Aku tak tahu bila kau nak berubah dengan perangai kau yang baru nak cari kawan bila dah tersepit. Aku rasa bila kau jadi plastik dalam friendship kita, aku pun boleh jadi plastik. Mungkin dah lama aku nak cakap kat kau yang sebenarnya kau adalah antara orang yang tak ada life. Mungkin kau fikir kau ada, dengan kawan-kawan kau yang harapkan duit kau jatuh ke mulut dia orang. Tapi hakikatnya kau hilang dalam lakonan diri kau sendiri.


Orang lain ada zaman sekolah yang nakal selekeh beli aiskrim main kejar-kejar, kau ada?
Orang lain ada zaman sekolah yang ikat rambut tocang senget sebelah main kahwin-kahwin, kau ada?
Orang lain ada zaman sekolah bawa duit dua ringgit beli pemadam buat lawan-lawan pemadam dalam kelas, kau ada?


Kasihan kan kau Lady Lala, tak ada life. Semua yang kau buat dalam hidup kau yang kau sangka mungkin akan bagi kau keseronokan hidup itu sebenarnya buat kau tak ada makna hidup. Dan aku tak harap kau nak ambil aku balik jadi kawan kau, cukuplah dengan kau sedar yang sebenarnya kau hidup dalam dunia plastik. Obses dengan dunia dewasa sendiri buat kau tenggelamkan dunia remaja kau.






Dan kalau kau orang semua pergi Pavilion Bukit Bintang dan jumpa perempuan yang rambut dia highlight, tumit tinggi, baju tanpa lengan, beg tangan yang besar, celak tebal, pipi merah, itulah Lady Lala.

Isnin, 8 Mac 2010

Definisi Dari Kau.

Itu gambar kita. Aku sering perhati di sini, dalam dunia maya di depan mata. Aku senyum. Skrin ini masih memaparkan imej yang sama. Aku tak mahu tukar. Biar di sini, sampai aku puas.

Jeling sedikit di bawah itu. Kau online, aku teruja. Aku tegur kau, dan tutup semula. Berkelip-kelip warna oren di tab kau. Tapi pertengkaran tempoh hari masih belum sampai ke kesimpulannya. Gagahkan diri sajalah. Haih.


Aku : Weh, mok.
Kau : Apa mel?
Aku : Sayang itu apa?


Aku tak punya soalan lain yang terlintas dalam kepala. Spontan saja, agaknya.


Kau : Sayang?
Kau : Sayang itu rasa.
Aku : Lagi?
Kau : Semua jawapan itu ada bila kau sendiri yang merasa sayang itu.
Kau : Macam mana kau hendak tahu apa itu sayang kalau kau sendiri tidak membenarkan diri kau untuk merasa sayang?


Dia sepertinya persis mengetahui apa yang ada dalam kotak hati aku.


Aku : Susahlah hendak bagi diri sendiri rasa sayang.
Kau : Susah itu sebab kau sendiri yang halang.
Kau : Tapi aku tahu.
Kau : Mesti kau fikir susah itu sebab orang yang kau sayang itu yang menyusahkan kau.
Aku : Siapa?
Kau : Kau yang tahu, tanyalah diri kau.


Aku buntu. Ah, menyesal aku tegur dia seawal tadi.


Aku : Aku tak tahu.
Kau : Sekarang kau sayang siapa?
Aku : Kau.
Kau : Aku pun sayang kau.
Kau : Aku tahu.
Kau : Salah aku yang buat kau susah hendak bagi diri kau rasa sayang.


Aku mengalah, namun ada sekelumit lagi rasa sial itu.


Aku : Aku rasa aku patut bunuh kau.
Kau : Bunuhlah.
Kau : Kalau kau suka aku mati.
Kau : Bunuh saja.
Kau : Aku tak kisah.
Kau : Aku nak kau happy saja.
Kau : Kalau aku yang halang happy itu daripada datang pada kau.
Kau : Baik kau bunuh aku.
Kau : Tak guna aku ada kalau aku halang happy itu daripada datang pada kau.
Kau : Kalau kau susah hendak bunuh aku pun tak apa.
Kau : Aku boleh suruh orang lain bunuh aku.
Kau : Ataupun aku sendiri boleh buat.
Kau : Nak mati senang saja.
Kau : Tapi kalau itu yang betul-betul boleh buat kau happylah.


Aku fikir itu yang dia benar mahukan.


Aku : Okay. Sekarang pergi mati.
Kau : Kau hendak aku mati?


Terkedu. Ah, tidak.


Aku : Tak. Sebab aku sayang kau.


Ya, sayang itu indah. Cukup indah. Sukar untuk aku temukan sayang yang benar-benar berdiri pada maksudnya teguh sekali. Begitu cantik sekali kau mendefinisikan sayang itu, melalui apa yang pernah kita ada bersama. Bukan tidak cukup sayang yang aku punyai, cuma ini adalah satu anugerah. Aku terima sayang itu dengan hati yang kosong. Sayang itu mencorakkannya. Dan aku berterima kasih kepada penyumbang itu. Kau. Kita telah sampai ke kesimpulan yang aku cari. Dan esok kita bakal buka satu lagi lembaran untuk kita coretkan bersama.



Sayang, aku benar-benar happy.

Langit dan Setan.


Langit memang tidak selalunya cerah
Bila kau mahu dia cerah, dia mendung
Bila kau mahu dia mendung, dia cerah
Tapi kadangkala dia turutkan saja kata kau yang demand itu
Bukan demand saja, tak bersyukur, selfish, bodoh









Apa aku mencarut ini. Seorangan, bosanlah. Aku hari-hari pun bosan. Hari apa saja yang tak bosan. Mungkin aku juga adalah salah sebuah puppet yang tak bersyukur dalam dunia ini. Ah apa-apalah.

Ini memang favourite aku. Setiap kali aku bosan, keluar dan rebahkan diri di atas hijau rumput ini, beralaskan ketenangan, berbantalkan kebebasan.

Buka selipar, tutup mata. Tarik nafas. Lepaskan.

Hilangkan segala apa yang aku simpulkan dalam neuron-neuron buntu ini. Angin lemah yang aku cukup dambakan, sekarang datang menyapa aku lagi. Hai, Angin. Aku tunggu kau. Aku tahu kau tak pernah lambat. Kau setia, bukan? (Aku imagin dia sedang mengangguk)

Tidak seperti langit. Hari-hari pun bukannya langit memberi aku awan yang sama untuk aku tatap. Kadangkala besar, kadangkala kecil. Kadangkala banyak, kadangkala sedikit.

Itu monolog saja. Craps. Yang orang sering persepsikan sebagai buang masa. Aku tidak begitu. Masa itu memang terbuang, sampai bila pun masa itu terbuang, mana mungkin mampu kau menahan. Cuma yang berbezanya bagaimana kau pergunakan masa itu sendiri. Aku juga boleh persepsikan kau makan, tidur itu buang masa. Tuntasnya di sini, apa saja yang kau rasakan berguna untuk kau lakukan pada masa itu, kau dikira tidak membuang masa. Ya, begitulah aku juga. Biarpun aku melakukan perkara yang kosong sekalipun, jika aku anggap itu berguna, ya aku dikira tidak membuang masa aku. Sudah. Crapping lagi.


"Gee, masuk. Langit dah gelap. Sudah hampir waktu senja. Banyak setan di luar itu." Reen.


Aku duduk, gagahkan diri meninggikan badan. Apa statement dia tadi? Langit gelap, sudah senja. Senja banyak setan di luar. Oh. Mungkin ada. Satu. Dua. Atau mungkin banyak, sebetulnya.

Aku faham benar Reen itu. Dia bukan kata luar sini banyak setan. Dia kata aku - yang gemar menikmati wajah langit dan angin senja ini - setan.




Setan kau Reen.

Ahad, 7 Mac 2010

Ini Cerita Lama.

Bosan. Macam-macam kelas yang aku kena pergi minggu depan buat aku serabut sikit hari ini.

Aku tarik laci, cari Starmild. Cari lighter. Damn! Dah habis. Duit ada lagi kot. Jalanlah sekejap pergi kedai. Sangap dah ni.

Err, tapi aku rasa hari itu ada tinggal sebatang lagi. Cilanat. Mesti Reen rembat. Ah biarlah.

"Gee, belikan topup lima ringgit. Kering dah ni!" Jerit Reen dari bilik, yang menjeling ke ruang kecil antara daun pintu dan dinding menampakkan aku ambil duit, menandakan aku mahu keluar.

Lama sudah aku tak merayau. Terperap lama-lama dalam rumah. Kalau mangga, sudah jadi jeruk agaknya.

Haaaaaah. Udara petang yang aku rindu sangat. Lihat kiri kanan orang jogging, bawa anak jalan-jalan, yang couple beromen pun ada tepi pokok bawah pokok belakang pokok. Atas pokok aku tak tahu.

Sampai di kedai, aku minta mamak itu ambilkan Winston sekotak, Hotlink lima ringgit. Nasib baik cukup duit. Mamak cuma sengih, bertanyakan aku yang sudah lama tak kelihatan. Terharu aku, mamak.


Balik terus, aku tak ada mood nak lepak lagi. Oh hari ini hari apa. Ahad. Sial lah. Kenapa aku kena lalu jalan ini. Futsal court tepi jalan ini tempat favourite Jeff dan sekutu dia main bola. Sorak-sorak mereka dari jauh aku dengar. Lalu sajalah. Doalah supaya aku tak terjumpa si lahanat itu.

"Gee datang, Gee datang. Jeff, ikan kau datanglah! Haha!" teriak Apai.

Aku tahu itu suaranya. Babi kau Apai. Macam mana kau nampak aku.

"Pukkk!" kepalaku terhentak. Hantaran bola straight ke kepalaku. Sial. Aku tahu mesti aku kena. Ini mesti kerja Jeff.

"Weh bagi baliklah bola tu. Kau sayang aku kan? Kan kan?" diikuti hilai tawa sekutu jahanam itu.

Gelilah sial. Kau ingat aku bodoh untuk makan segala jadah yang manis itu? Lagi-lagi keluar dari mulut busuk kau. Longkang. Makan tahi lah weh.


Pisau Reen aku keluarkan dari poket. (Err, macam pernah ada ayat ini sebelum ini kan?) Ya, pisau itu memang selalu aku main, usung ke mana saja. Aku tak mahu banyak cakap. Cucuk bola berkali-kali. Aku dapat rasakan anginnya keluar.

Cucuk.
Cucuk.
Cucuk.

"Nah, ambillah." Aku senyum, ikhlas aku bagi, Jeff.


Blah. Winston aku buka dalam plastik, sebatang aku ambil. Hidupkan keseronokannya.


Sedut. Pehh sedap.


Insiden bertemu Jeff yang kerap aku cuba elakkan, hari ini bertukar seronok. Betul, seronok.




ini cerita aku tiga tahun lepas. prekuel, rasanyalah

Fenomena Sana Sini.

Dahulu kalau itulah trend
Semua nak ikut
Rasa hebat
Rasa hip
Rasa kaulah paling up to date

Sekarang pun sama
Tak ada beza

Bila Hujan naik, semua mengaku Rock
Bila Bunkface naik, semua mengaku Pop Punk
Bila Yuna naik, semua mengaku indie

Tak sabar nak tunggu single terbaru Sharifah Aini
Pasti semua mengaku tradisional

Eii tak sabarlah
Tak sabar.

Sabtu, 6 Mac 2010

Dua Kali Lima.

Kau bilang kau benci anjing
Jijik, jijik

Tapi kau juga sama

Hello Anjing, saya Babi.

Isnin, 1 Mac 2010

Famin & Kanibalism.

Dua hari aku tak makan. Ikat perut. Angan-angan untuk Lomo LCA dalam tangan, aku tak mahu terbang begitu saja.

Ah, tak boleh tahan. Aku mesti makan. Bangun, cepat cari kedai.

Sepuluh minit jalan.

Sial. Jalan apa ini. Satu kedai makan pun aku tak nampak. Jus gastrik makin menghakis. Pergh, pedih gila. Oh situ ada satu! Cepat. Lari. Haus.

"Kak, cincau satu!" Pekik aku dari luar. Dia toleh. Oh lelaki rupanya, rambut saja panjang. Patutnya aku panggil dia Bang, atau mungkin Bang-ang. Gang-bang, haha mampuslah apa-apa pun.

"Seringgit setengah," dia balas. Cincau depan mata sudah berseru. Not kertas biru muda dan sekeping syiling aku hulur. Sedut sepuas-puas hati. Ah, sejuk.


Terkedu.


Tawar! Haram tak ada rasa.

"Hoi! Ni cincau ke lancau?!" Satu kedai pandang. Peduli apa aku. Seringgit setengah aku lesap macam itu saja. Tak guna.



Jalan lagi. Dengan energy level yang semakin merudum.

Jalan.

Jalan....




Stop.

Yeah! Itu ada M besar di depan. Lari. Lari. Lari.


Huh, sejuknya penyaman udara. Maaf, aku agak batak dengan air-cond. Rumah guna kipas kotak saja. Aku fikir mahu makan sedap hari ini, mahu yang mahal punya. Baru berbaloi ganti cinlancau dalam perut tadi.

"Prosperity burger set, take away. Cepat sikit. Lapar dah ni,"

Siap. Ambil makanan, keluar cari port. Macam biasa, aku suka makan di tepi jalan. Benci aku tengok orang-orang kaya makan, berlagak. Annoying sial.



Oh, ada orang busking. Layanlah sekejap.



Err what the fuck? Lagu apa ini.

"Weh mat, lu main lagu apa. Kasi sedap sikitlah. Macam tak ada telinga nak dengar tahu sedap ke tak. Tak ada taste." Aku tegur.

"Lu nak sedap main sendirilah!" Celaka. Dia tinggi suara. Kejap ya prosperity, aku ada hal.


Aku datang, ambil gitar, hempuk kepala dia. Pijak dia. Puas hati. Terkulai.





Seluk poket kiri, ambil pisau lipat scout Reen punya. Potong dua-dua telinganya. Hah, macam ini baru kau boleh main macam tahi ya, mat.

Telinga-telinga itu aku selitkan dalam burger. Gigit. Kunyah.

Kenyal.

Enak.


Barulah kenyang tiga hari kalau macam ini. Haha.