Isnin, 8 Mac 2010

Langit dan Setan.


Langit memang tidak selalunya cerah
Bila kau mahu dia cerah, dia mendung
Bila kau mahu dia mendung, dia cerah
Tapi kadangkala dia turutkan saja kata kau yang demand itu
Bukan demand saja, tak bersyukur, selfish, bodoh









Apa aku mencarut ini. Seorangan, bosanlah. Aku hari-hari pun bosan. Hari apa saja yang tak bosan. Mungkin aku juga adalah salah sebuah puppet yang tak bersyukur dalam dunia ini. Ah apa-apalah.

Ini memang favourite aku. Setiap kali aku bosan, keluar dan rebahkan diri di atas hijau rumput ini, beralaskan ketenangan, berbantalkan kebebasan.

Buka selipar, tutup mata. Tarik nafas. Lepaskan.

Hilangkan segala apa yang aku simpulkan dalam neuron-neuron buntu ini. Angin lemah yang aku cukup dambakan, sekarang datang menyapa aku lagi. Hai, Angin. Aku tunggu kau. Aku tahu kau tak pernah lambat. Kau setia, bukan? (Aku imagin dia sedang mengangguk)

Tidak seperti langit. Hari-hari pun bukannya langit memberi aku awan yang sama untuk aku tatap. Kadangkala besar, kadangkala kecil. Kadangkala banyak, kadangkala sedikit.

Itu monolog saja. Craps. Yang orang sering persepsikan sebagai buang masa. Aku tidak begitu. Masa itu memang terbuang, sampai bila pun masa itu terbuang, mana mungkin mampu kau menahan. Cuma yang berbezanya bagaimana kau pergunakan masa itu sendiri. Aku juga boleh persepsikan kau makan, tidur itu buang masa. Tuntasnya di sini, apa saja yang kau rasakan berguna untuk kau lakukan pada masa itu, kau dikira tidak membuang masa. Ya, begitulah aku juga. Biarpun aku melakukan perkara yang kosong sekalipun, jika aku anggap itu berguna, ya aku dikira tidak membuang masa aku. Sudah. Crapping lagi.


"Gee, masuk. Langit dah gelap. Sudah hampir waktu senja. Banyak setan di luar itu." Reen.


Aku duduk, gagahkan diri meninggikan badan. Apa statement dia tadi? Langit gelap, sudah senja. Senja banyak setan di luar. Oh. Mungkin ada. Satu. Dua. Atau mungkin banyak, sebetulnya.

Aku faham benar Reen itu. Dia bukan kata luar sini banyak setan. Dia kata aku - yang gemar menikmati wajah langit dan angin senja ini - setan.




Setan kau Reen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan