Hati-hati beku ini seakan tak mahu menerima apa lagi
Melopong menanti muzik-muzik dan hukuman atas semuanya
Satu kata paling sia-sia untuk disebut; sesal
Dahulu hati-hati beku ini buta, sombong dengan dunia
Kondesen merajai jiwa, cinta membutai mata
Berbaris-baris berdiri separuh tinggi, mendongak
Kala cahaya pun tak mampu untuk menampung semua kegelapan hati-hati beku ini
Teraba-raba, berteriak sana-sini, untuk mencari satu jalan yang paling selamat tika ini
Mustahil
Tiada jalan selamat, selindungan mana pun tidak berguna lagi
Hati-hati beku ini hitam, legam, keras, sekeras perasaan yang tak mahu kalah di medan sementara ini
Kalau sekarang baru mahu bangkit, lebih baik hati-hati beku ini berbaring saja
Dan pasrah untuk yang akan terjadi sebentar lagi
Semoga Tuhan mengampunkan dosa hina hati-hati beku ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan