Jumaat, 26 Februari 2010

Hentak.


Kau hentak hati ini, lagi dan lagi
Semalam kau hentak
Hari ini pun hentak, mungkin esok lusa juga sama
Hentak, bentak
Ah, aku bosan

Lima, dua belas, tiga puluh, lapan ratus, empat ribu
Minit demi minit, jam demi jam aku bilang
Keping-keping hatiku masih bertaut
Tidak hancur seperti sangkaan akal pendek kau
Walau dihentak durjana, kau pendusta

Lidah mungkin membelit seribu bahasa
Tapi jangan kau fikir hati bisa berbuat itu
Mana mungkin, kerna aku merasa

Tarik semula jarimu
Tarik semula semua jarimu
Jangan kau usik, sentuh sedikit pun hati ini
Sekali sentuh aku berderai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan