Lepaskan apa yang kamu binakan, aku tak mampu lagi bertahan
Saat diruntuhkan semua harapan, aku memang kejam
Sebelum gelap menghampiriku
Sebelum kehancuran menggengam hati dan jiwa kamu
Hentikan semua senyuman, semua detik indah, semua cinta
Kerna aku tak mampu lagi bertahan, kerna bukan aku di pelukan
Cinta ini hipokrasi semata
Yang bermukakan ketawa dan tangis, kononnya bersama
Hakikatnya kamu saja yang di situ, bukan aku
Terminasi khayalan ini harus aku lakukan sekarang
Jika bukan pasti esok atau lusa lebih parah berdarah pecah
Meletus membuak-buak sedih perihnya, jangan, sakit kamu tahu
Kalau mungkin ini yang kita hasilkan selama bila aku cuba menyulam tiap-tiap lembaran sayang
Kalau mungkin ini yang kita pegangkan sejauh mana kau perjuangkan perasaan suci ini
Maaf, aku yang merapuhkan dan mengotorkan definisi suci itu dalam episod ini
Takkan ada lagi matahari timbul dengan ciuman selamat pagi
Takkan aku mimpi lagi segala-gala fantasi cinta yang indah sempurna cantik belaka sebegini
Takkan aku berani berdiri sendiri lagi tanpa kamu di sisi ini
Sayang, ini kisah cinta patetik
Rabu, 6 Oktober 2010
Khamis, 5 Ogos 2010
Kurungan.
Selamat datang ke dunia penuh penipuan
Kau cuma perlu melutut tunduk dan serah seluruh satu sekaliannya pada aku
Pasakan sedikit kejujuran itu di sini tak mungkin bertahan
Selagi kau dan aku bermain dalam kurungan ciptaan kita
Hipokrasi itu paling unggul yang pernah aku laku dan tunjuk
Kau masih baru dan mentah
Mari sini aku lahirkan suatu kata yang mesti kau suka
Bertakhtalah dengan aku bila tiba detiknya
Atau mungkin sayu sekali tumpas di tengah pertempuran
Janji ini akan aku simpan untuk si rakus seterusnya

Ahad, 1 Ogos 2010
Stabiliti.
Kepercayaan terhadap hidup yang dibayangi maksudnya dengan roda itu
Aku letakkan kukuh sekali
Bila dikata stabil sungguh hidup, jangan mati-mati kau percaya
Mungkin satu dua yang benar
Roda tak pernah stabil
Melankoliknya hidup bila di bawah, rasa bullshit betul
Sebab duduk di atas terlalu lama mungkin
Ya, kau patut berada di tempat kau punyai sekarang
Jangan risau kerana ia takkan lama seperti yang kau jangka
Sediakan pisau untuk aku ukirkan senyum itu kelak
Maklumi aku bila kau sampai di atas, aku akan di sisi
Dan kepura-puraan untuk menjadi bahagia yang aku perlu beri sekarang ini
Hulurkan tangan dan ambil, aku ikhlas, betul.

Khamis, 22 Julai 2010
Perfektion.
Melihat bulan terang
Merenung bintang-bintang
Menutup sekejap mata dan membayang, senyum
Sekarang aku berharap kau pun sedang memandang bulan
Dan menyaksi bintang yang sama
Andai kejauhan ini memisahkan
Biar alam yang menghubungkan
Tapi pabila esok paginya
Bulan sudah hilang
Bintang tak nampak
Aku tak tahu macam mana nak hubungkan kita lagi
Sastera memang tak pernah perfek, macam aku

Rabu, 9 Jun 2010
Emosi.
Bukan dongeng indah atau fantasi terhebat cerita kali ini
Cuma sebuah sial yang ditranslasikan ke pena hitam
Sehitam pekat memoir yang hampir hilang
Ya, hampir
Hampir aku teruja bila semuanya hilang
Hampir aku teruja bila jahanamnya hari ini
Teruja air dari mata terjun ke pipi
Emosi memang fuzzy
Kerna itu manusia sering emosi
Cinta lama memang palat, aku benci
Aku loser bila ditinggal meratap sepi
Dia double loser bila tak menghargai
Kami triple loser bila tak mengaku saling mencintai lagi.
6.32 p.m
MPH Mid Valley

Selasa, 8 Jun 2010
Syurga.
Mata separuh buka, separuh tutup
Malam ini aku ibaratkan sebagai syurga
Bukan seperfek syurga, dengan bidadari berbulu-bulu putih
Sini cuma pari-pari lorong bertiub merah dan seakan tidak berseluar
Bersandar
Dingin ini menusuk tulang
Papan tanda bersimpang siur
Menapak menuju syurga aku sendiri bersama dia
Sebentar lagi
Tapi bidadari kali ini bukan yang berbulu putih
Mahupun yang bertiub merah
Bidadari yang telanjang bogel lebih indah, bukan?
Yang bikin kau basah jam tiga di pagi hari

Selasa, 18 Mei 2010
Pencinta Tegar.
Lekangnya tidak rasa ini
Itu hari-hari diungkapkan
Pada si anu, si polan
Penyeri jamahan pandangan masa-masa akhir ini
Aku tak punya masa banyak
Sebentar lagi si pencabut nyawa akan tiba
Entah esok, entah lusa
Lima minit lagi mungkin juga
Dahulu aku punya pencinta
Setianya jangan satu kali pun kau soalkan
Itu perihal aku dan dia cuma
Saban hari sesuatu darinya - suara, wajah, pesanan
Cuma itu bisa buat aku rasa indah
Namun awan itu tidak sepanjangnya biru
Entah apa iblis bertopengkan manusia itu racunkan
Robekkan hati aku
Siatkan hati aku
Tarik sekuat yang dia bisa
Aku lemah, rebah tertiarap di saat
Jiwa direntap begitu sakit, aku bilang sakit
Dengan energi serakus itu
Renungi awan, menangis-nangis aku bertanyakan
Apakah hilang segala sayangnya
Apakah bohong semua manis ini
Teriak dan teriak aku
Sekejap itu aku terdiam
Sebalik awan ada cahaya
Aku pejam, semuanya hilang
Buka mata dan itu hari baru
Sekarang aku tahu, aku bisa merasa
Dia di situ, jauh di situ butuhkan aku
Andai aku mampu terbang kepada dia
Sekarang aku pinta angin jadi saksi cinta kita
Bukan kita, aku saja cuma
Kelmarin aku yang teriak dan pejam
Kini dia merasa, yang bikin aku juga lemah
Tuhan, aku mohon pada Kau
Jangan disulitkan dia
Jangan disakitkan dia
Berikan aku dan dia lembar bersih untuk dikaryakan
Di kemudian hari, jika sinar itu masih di situ menunggu dia bangkit
Sayangku masih berbaki
Masih berbaki
Merpati
Kau mungkin yang terakhir mendengar episod ini
Layangkan dirimu ke tingkapnya
Lihat khabarnya
Dan cukup untuk aku tenang jika kau bisa katakan padanya
Aku masih di sini menunggu dia, walau esok dia pergi dahulu
Dan maklumi aku jawapannya
Andai roh aku tiada sewaktu itu, jasad ini masih menanti khabarnya

Langgan:
Catatan (Atom)