Khamis, 22 April 2010

Si Dumbo. - Empat

SPM memang sucks gila. Pada yang bernasib baik, itu dianggap Sijil Paling Mulia - kerana atas adanya sijil itu, semua impian boleh jadi. Pada yang otak dungu macam aku, itulah Sijil Pemusnah Masadepan. Aku dungu, rasanya. Sebab aku tak pernah yakin dengan diri aku, tapi siapa peduli. Malas nak fikir.


Tadi kertas Matematik Tambahan. Selamba saja aku jawab. Muka yakin semacam bila tengok soalan. Dapat soalan Solutions of Triangle - lahanat. Macam tahu-tahu aku lemah bab ini. Pantas aku keluarkan jangka lukis.


Terkedu sekejap.


Aku tenung jangka lukis itu dalam-dalam. Oh, darah Si Dumbo tercalit di besi ini hari itu aku tak hilangkan lagi. Dengan tidak semena-mena Si Dumbo muncul dari belakang kepala aku. Macam tahu-tahu aku sedang fikir tentang dia. Aku toleh ke belakang kiri.


"Mana soalan itu? Biar aku buatkan," roh Si Dumbo bersuara.


Anehnya, memang tak ada orang pandang aku dalam dewan peperiksaan masa itu sebab jelas sekali aku dengar suara Si Dumbo. Dia yang separa legap dan separa lutsinar itu terbang ke kiri dan kanan aku. Mata aku lirikkan mengikut rentak terbangnya. Kiri, kanan, kiri, kanan.


"Syyhh, senyaplah bodoh. Kau datang buat apa? Jangan kacau aku lagi. Blah blah," Muka aku berkerut sambil jari telunjuk ditegakkan di bibir.


Dan aku toleh kembali menghadap kertas soalan. Konsentrasi aku hilang gara-gara kehadiran dia.


Dia ini sudah tak tenang sejak dia mati 3 bulan lepas. Aku memang pelik kenapa roh dia tidak membenci aku sedangkan aku yang bunuh dia. Kadang-kadang dia tolong aku bila aku tengah kusut, bergunalah juga dia kadang-kadang walaupun agak annoying. Memang patut aku terima saka Si Dumbo ini, sebab salah aku yang bunuh dia. Oh mungkin bukan perkataan 'salah', lebih sesuai di situ jika digantikan 'rasionalnya'. Siapa suruh dia kerek sangat masa jadi cikgu Sejarah aku dulu.


"Aku tahu buat ini, sinilah aku tolong. Jawapan aku confirm tepat, full mark," dengan yakin dia nak buat aku percayakan dia.


"Mana kau tahu tepat? Kau tu cuma cikgu Sejarah yang tua kutuk, duduk diam-diam tepi tu," Aku ragu-ragu dengan kata-kata dia.


Logikkah cikgu Sejarah yang sudah mati boleh buat soalan Matematik Tambahan yang aku sendiri tak tahu entah apa jawapannya. Aku tak mahu perjudikan keputusan SPM aku di tangan roh yang aku ragui kebenaran kata-katanya. Err, roh ada tangan ke?


Sepuluh minit aku tenung soalan itu. Buat lakaran, padam. Buat, padam. Buat, padam. Sampai nak hancur, berbulu kertas jawapan. Dan sepanjang sepuluh minit itu Si Dumbo asyik ketawakan aku dari tepi sebab aku tak mahu mengaku kalah meminta bantuan dia.


Ah, akhirnya aku mengalah. Mahu tak mahu aku kena minta tolong dia juga, sebab masa semakin suntuk. Aku tak boleh tinggalkan soalan itu tak berjawab sebab markah diperuntukkan soalan itu punyai peratus yang besar dalam markah keseluruhan subjek.


"Nah, buatlah cepat. Dah nak habis masa ni," Aku hulur pensel dan jangka lukis serta pembaris panjang.


Dia mula melakar. Sekejap saja dah habis buat. "Siap," dia tersengih.


"Hoi, sekejapnya. Ilmu apa kau pakai? Mana kau tahu ini jawapannya? Kau jangan 'kencing' aku, kalau ini salah, siap kau," Dia cuma sengih, macam tak pedulikan apa yang aku cakap. Tapi sebenarnya tak guna aku bagi amaran sebegitu, sebab aku sendiri yang pilih untuk minta tolong dia ini.


"Aku kan hantu, roh, mestilah tahu semua jawapannya. Semalam aku susup masuk dalam rumah penanda kertas," Ceh. Main kotor rupanya dia ini. Ah, lantaklah, siapa tahu aku minta tolong dengan roh untuk jawab benda ini.

Aku memecut laju menggerakkan pensel dan menekan-nekan butang di atas kalkulator untuk menjawab baki-baki soalan. Lepas itu, Dumbo pun hilang tanpa aku sedar bila dia keluar dari dewan itu. Sempat siap lima minit sebelum habis masa, fuhh tak sangka aku sehebat ini, sambil mengangkat kening aku tersengih.


Lepas hantar kertas, dewan jadi hingar-bingar. Biasalah lepas jawab satu kertas mesti nak cerita dengan kawan-kawan macam mana susahnya soalan itu, macam mana dia jawab soalan itu, bincang jawapan dan mengeluh sana-sini.


Aku keluar berjalan dari dewan dengan muka biasa saja, menyandang beg lusuh di belakang. Tiba-tiba aku dengar satu suara dari belakang.


"Kakak Gee, Kakak Gee. Sekejap, sekejap." Err, kakak?


Maaf, aku kekok dengan panggilan itu. Dia panggil aku Kakak ataupun dia maksudkan kakak aku, Reen? Aku toleh belakang. Tapi dia pandang aku, oh maknanya dia panggil akulah kan.


Rupanya budak ini ialah budak setahun muda dari aku, yang hantar surat dekat aku minggu lepas, surat ucapan selamat berjaya untuk SPM. Nama dia aku lupa sikit; Shireen, Shira, Shiro, entah mampuslah. Aku tak tahu pun underdog macam aku ada peminat. Minat dia itu sampai semuanya dia nak jadi macam aku. Dulu, muzik yang aku minat, stail aku, lebih senang untuk aku katakan semuanya dia tiru. Mungkin orang lain tentu dah berang kalau ada copycatter macam itu, tapi aku biarkan saja. Asalkan dia tak kacau aku. Tapi sekarang dia dah kacau aku. Lepas itu kontent suratnya semua berunsur kasih sayang. Sial, lesbo jahanam. Nafsu aku masih pada lelaki, itu aku pasti. Aku tak tahu apa pula dia nak kali ini, French kiss mungkin.


Pandang dia atas bawah, dia senyum saja. Rambut dia diikat sama macam cara aku ikat rambut. Subang studs tiga sebaris di telinga aku pun dia buat juga. Beg itu pun lebih kurang macam aku punya, bezanya aku punya warna biru muda, dia punya biru tua. Lipatan lengan baju sekolah pun lebih kurang macam aku. Bangang punya budak, semua nak tiru. Aku dongakkan kepala dan angkat kening sedikit, tanda bertanyakan dia apa yang dia nak.

"Macam mana soalan tadi? Boleh buat tak? Heeee." Sengih dia itu aku tak tahan.


Nak saja aku letak tapak kasut kiri ini dekat muka dia. Aku tak sedikit pun berminat untuk bercakap soal kertas Matematik Tambahan itu. Kenapalah dia suka jaga tepi kain orang. Nasib akulah ada peminat lesbo.


Dia sambung lagi, "Mesti senang, kan? Kakak Gee saya kan pandai. Heeee."

Kepala otak kau. Kalau aku pandai, dah lama aku blah dari sekolah ini, buat sekolah aku sendiri dekat rumah. Entah bila masa aku jadi kakak dia, simpang malaikat empat puluh empat. Dah la otak tak betul. Aku pun tak pasti kenapa dia macam itu. Perlukah semua yang dia cakap diakhiri dengan sengih yang nampak segala gigi-gigi dia itu?


"Biasa saja. Kenapa?" Aku jawab tiga patah saja. Karang kalau aku layan, lagi menjadi-jadi budak ini.


"Hah kan betul saya cakap! Kakak Gee hebatlah. Saya ada satu permintaan ni. Boleh tunaikan tak? Heeee." Sudah, apa lagi si terencat ini nak dari aku. Letihlah, tak pernah aku rasa rimas macam ini.


"Saya nak simpan set geometri Kakak Gee boleh tak? Sebagai inspirasi saya untuk buat yang terbaik SPM tahun hadapan. Kakak Gee tak guna lagi kan benda itu lepas ini? Heeee." Muka dia berharap betul nakkan barang aku itu. Dengan sengih dia lagi, oh Tuhan, tolonglah aku geli. Aku terus seluk tangan dalam beg, mencari-cari kotak besi itu.


"Nah, ambilah. Dah tak guna lagi." Aku hulur set geometri itu, ikut saja apa yang dia nak. Malas nak layan sebenarnya.


"Terima kasih, terima kasih! Saya memang sayang Kakak Gee! Heeee." Sumpah aku rasa asid hidroklorik, jus gastrik dalam perut, segala keladak dalam tekak aku nak muntahkan semua.


Geli aku dah nak sampai maksimum. Aku terus blah dari situ sebelum aku muntahkan semua isi perut aku, nasi goreng yang aku makan pagi tadi beserta teh tarik mamak depan rumah nak terkeluar dari mulut aku.







Err, sekejap. Sekejap. SEKEJAP.


Aku bagi dia set geometri yang ada darah Si Dumbo itu ke? Aku toleh belakang semula. Nampak dia sengih lagi terkinja-kinja di situ. Aku pun tersengih juga. Maaflah, lepas ini Si Dumbo akan cari kau, lesbo jahanam. Hahaha.





Aku balik rumah dengan tersengih-sengih, bersedia untuk menjawab kertas subjek lain pada hari esok. Semoga Si Dumbo tak datang lagi menjenguk aku.

1 ulasan:

  1. Cerita ni macam boleh membantu dalam mata pelajaran Additional Mathematic jerp.
    Kasi share la itu barang.
    :))

    BalasPadam