Khamis, 5 Ogos 2010

Kurungan.

Selamat datang ke dunia penuh penipuan
Kau cuma perlu melutut tunduk dan serah seluruh satu sekaliannya pada aku
Pasakan sedikit kejujuran itu di sini tak mungkin bertahan
Selagi kau dan aku bermain dalam kurungan ciptaan kita


Hipokrasi itu paling unggul yang pernah aku laku dan tunjuk
Kau masih baru dan mentah
Mari sini aku lahirkan suatu kata yang mesti kau suka
Bertakhtalah dengan aku bila tiba detiknya
Atau mungkin sayu sekali tumpas di tengah pertempuran
Janji ini akan aku simpan untuk si rakus seterusnya

Ahad, 1 Ogos 2010

Stabiliti.

Kepercayaan terhadap hidup yang dibayangi maksudnya dengan roda itu
Aku letakkan kukuh sekali
Bila dikata stabil sungguh hidup, jangan mati-mati kau percaya
Mungkin satu dua yang benar
Roda tak pernah stabil
Melankoliknya hidup bila di bawah, rasa bullshit betul
Sebab duduk di atas terlalu lama mungkin
Ya, kau patut berada di tempat kau punyai sekarang
Jangan risau kerana ia takkan lama seperti yang kau jangka
Sediakan pisau untuk aku ukirkan senyum itu kelak
Maklumi aku bila kau sampai di atas, aku akan di sisi
Dan kepura-puraan untuk menjadi bahagia yang aku perlu beri sekarang ini
Hulurkan tangan dan ambil, aku ikhlas, betul.